4 kes varian Delta dikesan di New Zealand

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern. - Getty Images



AUCKLAND – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan perintah berkurung mengejut dalam tempoh enam bulan selepas kes varian Delta dikesan di negara itu.

Menurut Ardern, terdapat empat kes varian Delta yang dikesan dan salah satu daripadanya adalah di Hospital Auckland yang telah dikenakan perintah berkurung dalaman yang menyaksikan semua pekerja dan kakitangan kesihatan membuat ujian saringan.

Beliau mengatakan penyebaran virus Covid-19 itu mendorong keputusannya untuk mengeluarkan arahan perintah berkurung selepas kes awal dikenal pasti.

“Ini menunjukkan, pada tahap ini, perintah berkurung penuh iaitu pada tahap empat adalah keputusan yang tepat,” kata Ardern kepada TVNZ.

Kes pertama, seorang lelaki Auckland 58 tahun, mengakhiri tempoh masa enam bulan tanpa penularan komuniti di New Zealand.

Negara itu hanya mencatatkan 26 kematian kes berkaitan Covid-19 dalam populasi lima juta sejak bermulanya wabak global pada awal 2020.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.