277 kes kematian, 2,703 kes positif sudah lengkap vaksinasi

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah



PUTRAJAYA: Sebanyak 277 lagi kes kematian direkodkan hari ini dengan 96 kes berlaku di luar hospital (BID).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh daripada jangkitan Covid-19 pula mencatatkan 17,025 berbanding 21,468 kes positif dengan pertambahan 41 lagi kluster baharu.

Katanya, sebanyak 1,075 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 537 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada jumlah kes positif itu, sebanyak 670 kes (3.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5, manakala sebanyak 20,798 kes (96.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Secara keseluruhan, 2,703 kes (12.6 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini telah lengkap di vaksinasi (iaitu yang telah lengkap dua minggu tempoh selepas dos kedua vaksin),” katanya dalam sidang akhbar hari ini. 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.