2 golongan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 walaupun sudah divaksin

PETUGAS kesihatan menyediakan jarum suntikan vaksin di sebuah pusat vaksinasi di daerah Errahma berhampiran Casablanca. – AFP



GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan golongan warga emas dengan sistem pertahanan badan lemah dan individu yang mengabaikan 5M berpotensi dijangkiti wabak Covid-19 walaupun sudah divaksin sepenuhnya.

5M adalah memakai pelitup muka, menjaga jarak, mencuci tangan, melakukan pergerakan dan menghindarkan tempat sesak.

Pengarah Jabatan Imunisasi, Vaksin dan Biologi WHO, Katherine O’Brien menjelaskan, suntikan vaksin sekarang adalah sangat efektif melawan Covid-19.

Katanya, hasil ujian klinikal mendapati sejumlah vaksin memiliki keberkesanan antara 80 hingga 90 peratus.

Jelasnya, WHO sendiri menggariskan keberkesanan vaksin untuk melawan penyakit adalah pada tahap 50 peratus ke atas.

“Namun, itu tidak bermakna 100 peratus individu akan dilindungi daripada sebarang penyakit.

“Tiada vaksin untuk apa-apa penyakit yang memberikan perlindungan sehingga 100 peratus,” tegasnya.

Disebabkan itu, kata Katherine, individu yang sudah divaksin sepenuhnya tetap berkemungkinan mengalami penyakit tertentu.

Menurutnya, individu yang sudah divaksin tetap akan dijangkiti virus Covid-19 dan bukan bermakna vaksin tidak bekerja atau terdapat kesalahan pada vaksin.

“Maksudnya adalah tidak semua orang menerima vaksin memiliki perlindungan 100 peratus.

“Kami benar-benar tekankan kepada semua orang adalah sangat penting untuk divaksin kerana vaksin yang ada ketika ini sangat berkesan serta menghalang penyakit menjadi lebih parah,” katanya. -AGENSI

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.