Tandas emas di rumah pegawai makan rasuah
Lapor Daily Mail, Alexey Safonov, 45, yang berkhidmat sebagai ketua polis di wilayah Stavropol ditahan bersama 35 pegawainya selepas mereka didakwa melakukan kegiatan ‘mafia’.
Pasukan penyiasat memaklumakn Safonov dan anak buahnya memeras ugut dan menerima rausah untuk menikmati hidup mewah.
Pasukan penyiasat anti rasuah Rusia turut mendedahkan gambar rumah mewah Safonov yang dilengkapi dengan pelbagai perabot mewah, termasuk ruang tandas yang disaluti emas.
Hasil siasatan mendapati, Safonov dan kesemua anak buahnya memeras ugut golongan pemandu kenderaan dan menerima rasuah daripada syarikat pengendali kenderaan berat untuk lepas sekatan keselamatan.
Safonov dan semua anggota polis yang ditangkap berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun jika disabit bersalah.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date