Ibadah umrah dibuka semula kepada jemaah antarabangsa bermula 10 Ogos

Arab Saudi mula terima jemaah umrah



Memetik laporan portal Gulf News, ia adalah susulan kelancaran musim haji tahun ini yang selesai dengan jayanya.

Manakala ibadah umrah bagi rakyat Arab Saudi dan ekspatriat di negara itu sudah dibuka semula bermula Ahad.

Menurut Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdul Rahman Al-Sudais, semua ahli gabungan kompeten diarahkan untuk memuktamadkan persediaan untuk menerima jemaah meliputi umrah di Masjidil Haram, Tanah Suci Mekah.

Petugas pada masa sama diminta untuk berusaha sedaya upaya dan memastikan pelaksanaan langkah pencagahan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Madinah sama selaras seperti yang dikuat kuasakan pada musim Haji, minggu lalu.

Awal bulan ini, Kementerian Haji dan Umrah menggantung sementara permohonan untuk menunaikan solat dan ibadah umrah di Masjidil Haram.

Dalam perkembangan berkaitan, menerusi perkongsian di Twitter Haramain Sharifain, penerbangan langsung dibenarkan daripada semua negara kecuali India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan dan Lubnan.


Rakyat negara ini dikehendaki menjalani kuarantin selama 14 hari di negara ketiga sebelum tiba di Arab Saudi.

Selain itu, diwajibkan telah menerima vaksinasi COVID-19 yang lengkap sama ada vaksin Pfizer-BioNTech, Moderna, AstraZeneca atau Johnson & Johnson (J&J).

Imunisasi lengkap membabitkan vaksin keluaran China pula dikehendaki berserta dos 'penggalak' sama ada suntikan Pfizer-BioNTech, Moderna, AstraZeneca atau J&J.

Seterusnya, dibenarkan untuk jemaah berusia 18 tahun dan ke atas, serta ketibaan melalui agensi umrah yang ditauliahkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.