i-Citra akan dikreditkan mulai Selasa depan

i-Citra dikreditkan dalam akaun pemohon 3 Ogos ini


KUALA LUMPUR – Pengeluaran program i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikreditkan kepada akaun bank ahli pada 3 Ogos ini.

Pengeluaran ini dijangka memanfaatkan seramai 4 juta ahli KWSP, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz.

Manakala permohonan bagi moratorium pula telahpun dibuka awal bulan ini.

Ketika sesi pembentangan Menteri Kewangan, Sidang Khas Dewan Rakyat di Parlimen hari ini, beliau turut menyarankan sesiapa yang menghadapi sebarang masalah dalam mendapatkan moratorium pinjaman untuk menghubungi BNM-TELELINK atau mendapatkan khidmat nasihat dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit AKPK bagi menguruskan aliran tunai mereka.


KWSP juga membuka hotline i-Citra untuk membolehkan ahli KWSP mendapatkan sebarang penjelasan. – MalaysiaGazette

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.