WONSAN, KOREA UTARA – Seorang lelaki Korea Utara ditembak mati skuad penembak di hadapan 500 penduduk dan ahli keluarganya kerana menjual muzik dan filem secara haram, lapor akhbar Mirror UK semalam.
K
etika hukuman mati dijalankan, ahli keluarga lelaki dikenali sebagai Lee itu dipaksa berdiri di barisan hadapan bersama-sama orang ramai.
Lee yang merupakan ketua jurutera di Suruhanjaya Pengurusan Pertanian Wonsan dikenakan hukuman mati selepas 40 hari dia diberkas.
“Ini merupakan hukuman mati pertama dilaksanakan di wilayah Gangwon melibatkan Akta Anti-Sosialis.
“Sebelum ini, pesalah seperti Lee dihantar untuk menjadi buruh paksa atau ke kem pendidikan semula. Adalah menjadi satu kesalahan jika dia menyangka dia akan menerima hukuman ringan.
“Tingkah laku seperti ini akan mendorong orang lain yang mempunyai niat untuk menghancurkan fahaman sosialis pemerintah,” kata pihak berkuasa Korea Utara dalam satu kenyataan.
Sebanyak 12 das tembakan dilepaskan ke arah Lee selepas pihak berkuasa membacakan kesalahannya.
“Jasadnya yang sudah tidak bernyawa kemudiannya dimasukkan ke dalam karung jerami sebelum diletakkan di dalam sebuah kotak dan dibawa ke satu lokasi lain.
“Isteri dan anak perempuannya pengsan ketika menyaksikan Lee ditembak. Pegawai Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengangkat mereka ke dalam trak untuk dibawa ke kem penjenayah politik,” kata beberapa saksi.
Jiran-jiran Lee turut dilaporkan menangis apabila melihat isteri dan anaknya dihumban ke dalam trak seperti sampah.
Lee dilaporkan mengaku bersalah kerana menjual filem, muzik dan drama dari Korea Selatan.
Pihak berkuasa Korea Utara sedang memburu mereka yang membeli bahan-bahan tersebut daripadanya.
“Jika seseorang ditangkap kerana menonton filem atau drama dari Korea Selatan, mereka akan menerima hukuman sama ada penjara seumur hidup atau dihukum mati. Jadi, tiada siapa tahu giliran siapa selepas ini,” ujar seorang sumber. – AGENSI