Tindakan Malaysia mengusir semua diplomat Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur merupakan satu keperluan untuk melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan itu turut dibuat seiring Artikel 9 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961."TTindakan ini akan menjadi peringatan bahawa Malaysia tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang cubaan untuk mencampuri urusan dalaman dan sistem kehakimannya, mencemarkan sistem tadbir urus, dan sentiasa ingin mewujudkan ketegangan dengan melanggar undang-undang antarabangsa.," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Para pegawai kedutaan Korea Utara dan keluarga mereka meninggalkan Malaysia pada petang Ahad setelah Pyongyang memutuskan hubungan diplomatik selama beberapa dekad berikutan ektradisi seorang warga Korea Utara ke Amerika Syarikat untuk berdepan dengan perbicaraan jenayah.
Malaysia kemudiaan mengarahkan diplomat Korea Utara meninggalkan negaranya dalam tempoh 48 jam, dan menuduh Korea Utara cuba campur tangan dalam sistem kehakimannya apabila rakyat negara itu, Mun Chol Myong, gagal menghalang tindakan ekstradisi selepas penangkapannya pada Mei 2019.
Inilah Mun Chol Myong, Penyeludup yang Menjamin Kehidupan Mewah Kim Jong-un.
Mun, yang berusia dalam lingkungan 50-an dan tinggal di Malaysia sejak 2008, telah ditangkap pada Mei 2019 selepas AS menuduhnya membekalkan barangan larangan dari Singapura ke Korea Utara, yang melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Dia didakwa melakukan pengubahan dana menerusi sejumlah syarikat, dan mengeluarkan dokumen palsu untuk menyokong penghantaran haram ke Korea Utara, ketika dia bekerja di Singapura sebelum berpindah ke Malaysia pada 2008.
Mun, rakyat Korea Utara pertama yang diekstradisi ke Amerika Syarikat bagi menghadapi pertuduhan jenayah, mendakwa dirinya menjadi mangsa permintaan ekstradisi "bermotifkan politik" yang bertujuan menekan Korea Utara berhubung program peluru berpandunya.
Hubungan Malaysia dan Korea Utara menjadi tegang sejak kes pembunuhan berkaitan Pyongyang melibatkan abang tiri pemimpin diktator Korea Utara, Kim Jong Un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur empat tahun lalu. Kedutaan Malaysia di Pyongyang, dikosongkan sejak itu.'
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.