COVID-19 merebak secara luar biasa, Australia istihar perintah berkurung Tahap 4

Bandar raya kedua terbesar Australia, Melbourne memasuki hari pertama perintah berkurung yang lebih ketat serta mengumumkan sekatan baharu ke atas beberapa industri termasuk sektor peruncitan dan pembinaan.
Rakyat Malaysia, jangan jadi seperti Melbourne!


Victoria diisytihar darurat, laksana perintah berkurung waktu malam.

Wilayah Victoria di Australia kini diisytiharkan darurat sebagai langkah terbaharu perintah berkurung di seluruh Melbourne bermula Ahad malam. Terbaharu, perintah berkurung pada waktu malam antara 8 malam sehingga 5 pagi akan dilaksanakan di seluruh Melbourne. Perniagaan tidak penting di Melbourne hari ini, diarah tutup selama enam minggu bagi membendung peningkatan penularan COVID-19.


Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews, berkata pusat beli-belah di Melbourne diarah tutup dari tengah malam Rabu hingga Khamis, dengan pengecualian diberikan kepada pasar raya, farmasi dan kedai minuman keras.

Ia adalah langkah paling ketat dilakukan Australia sejak pandemik COVID-19 bermula, selain mewajibkan pemakaian pelitup muka, arahan duduk di rumah dan perintah berkurung ketika waktu malam di bandar itu.

Ia bertujuan membantu pergerakan kira-kira lebih sejuta orang di wilayah itu untuk bekerja apabila ratusan kes COVID-19 terus direkodkan setiap hari walaupun perintah berkurung dikuatkuasakan, awal Julai lalu.

"Ia menyayat hati kerana tempat kerja terpaksa ditutup... inilah yang perlu kita buat untuk menghentikan penularan COVID-19. Tempoh enam minggu ini sangat kritikal," katanya pada sidang media.

Operasi sektor lain seperti pemprosesan daging dan pembinaan akan diminta dikecilkan secara signifikan mulai Jumaat.


Andrew menggesa orang ramai supaya tidak melakukan pembelian panik.


"Saya tak boleh jamin semua produk yang anda mahu beli akan ada di sana, tetapi memadai untuk orang ramai mendapatkannya. Perintah berkurung semalaman dikuatkuasakan pada Ahad dan orang ramai dilarang bergerak lebih lima kilometer (km) dari rumah, selain penduduk perlu antara jam 8 malam hingga 5 pagi, sekurang-kurangnya hingga 13 September depan.


Hanya kakitangan sektor penting atau individu memerlukan penjagaan kesihatan dibenarkan keluar rumah, manakala orang ramai akan didenda AU$1,625 (RM4,872) daripada polis yang melakukan rondaan, jika ingkar arahan itu.

Sekatan baharu yang radikal itu menjadikan Melbourne terpisah daripada wilayah lain di Australia dengan sebahagian besarnya sudah melonggarkan sekatan apabila hanya beberapa kes baharu dilaporkan setiap hari.

Victoria merekodkan hampir 6,500 kes aktif COVID-19, membabitkan 429 kes baharu dan 13 kematian, hari ini.

Di Melbourne, majlis perkahwinan dilarang, selain perkhidmatan keagamaan perseorangan dibatalkan dan pelajar bersedia kembali ke mod pengajian secara dalam talian.


Keseluruhan Australia merekodkan lebih 18,000 kes hari ini, membabitkan 221 kematian berbanding jumlah kependudukan seramai 25 juta. - AFP

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.