Ibu dan 6 Anak tidur dalam kereta setelah diceraikan oleh Suami & Diusir pula oleh Tuan rumah kerana Sewa Tertunggak

Ujian Sungguh Besar...Ibu Sakit Kanser dan bermalam dengan anak seramai 6 Orang di Stesen Pam Minyak | Foto: FB Kuan Chee Heng

Ibu hidap kanser dicerai, hilang kerja, hidup bersama 6 anak dalam kereta

SEORANG ibu tunggal muda berusia 30an terpaksa tinggal dan tidur di dalam kereta jenis Proton Waja bersama-sama enam orang anaknya selepas diceraikan oleh suaminya.

D
ia juga tidak mempunyai sebarang punca pendapatan kerana kehilangan kerja akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu.

Foto: FB Lembaga Zakat Selangor

Sepanjang tempoh PKP dia dan anak-anaknya pulang ke kampung di Temerloh, Pahang. Selepas PKP tamat dia dan anak-anaknya pulang semula ke rumahnya di Lembah Kelang. Namun mereka dihalau oleh tuan rumah kerana bayaran sewa tertunggak begitu lama.

Baby 5 bulan tidur dalam kereta memang tak berapa sihat.

Kehilangan arah, dia bersama anaknya berumur 14, 10, 8, 3, 2 dan 5 bulan terpaksa tinggal di dalam kereta. Kenderaan itu diletakkan di stesen minyak Rasa, Hulu Selangor. Di tandas stesen itu jugalah dia dan anak-anaknya menumpang mandi.

Kami bawa ke Balai Polis Rasa untuk makan tengahari...
Ujian demi ujian menimpa ibu dan keluarga malang itu. Wanita itu disyaki menghidapi kanser payu dara dan belum menerima sebarang rawatan susulan.

Manakala anaknya yang berumur dua tahun mempunyai masalah jantung berlubang dan memerlukan rawatan susulan di Hospital Serdang dua kali setahun.

Sedih tengok 6 anak dalam kereta. Air con pulak rosak. Anak semua berpeluh.
Anak yang berumur lima bulan pula menghidapi ketumbuhan di leher dan memerlukan rawatan susulan di Hospital Selayang.

Kisah ibu muda dan enam orang anak itu mula didedahkan oleh aktivis masyarakat Kuan Chee Heng di Facebooknya  20 jam yang lalu.

“Saya sedih bila buka pintu kereta. Ada satu anak tidur di tempat letak kaki belakang kereta. Sedih sungguh. I akan ambil masa untuk pulihkan emosi I.


“Maaf, I mudah cair tengok anak kecil tidur di mat kereta tempat letak kaki. Sedih sangat. Ya Tuhan permudahkan mereka. Sesungguhnya Kau Yang Maha Esa,” kata Chee Heng yang juga dikenali sebagai Uncle Kentang.

Bersama OCS Rasa meninjau masalah keluarga malang. Tq Tuan SM Ferdaus sangat mulia hati ajak keluarga makan di Balai Polis Rasa kerana cuaca panas.g berhati mulia meminjamkan tempat mesyuarat untuk mereka rehat dan makan.... sedih sangat... anak kecil ini melekat kat saya macam kena gam....
Menurut Chee Heng, wanita bersama enam orang anaknya itu telah tinggal dan bermalam di dalam kereta dengan pendingin hawa yang telah rosak itu selama lebih lima hari lima malam.

Sedih sangat... anak kecil ini melekat dekat saya macam kena gam....
Ketika dia bertemu dengan keluarga itu, mereka kelihatan amat letih dan dalam keadaan yang amat sukar.

Terima kasih PDRM dan OCS Rasa yang berhati mulia meminjamkan tempat mesyuarat PDRM Rasa untuk mereka rehat dan makan.
“Sedihnya ialah ibu kepada 6 anak itu ada kanser. Baru umur 30 tahun sudah ada kanser. Sedih sedih sedih. Anak satu ada masalah jantung, satu ada masalah pernafasan, satu OKU. Cukup menyayatkan hati. Sebelum aku pulang aku berbisik tabah. akui akan bantu mana yang mampu,” kata Chee Heng.

Perkongsian Chee Heng mendapat perhatian pihak yang berkenaan. Sebuah NGO Darul Jariyah membantu keluarga malang itu dengan menempatkan mereka di sebuah hotel di Bukit Beruntung.

Kuan Chee Heng berharap ada autoriti dapat membantu mereka.
Pihak Lembaga Zakat Selangor juga turut membantu. Menurut LZS , wanita itu kini dalam proses penceraian kerana kes ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.



“Suami tidak pulang ke rumah lebih empat bulan sejak penghujung bulan Februari 2020. Ketika ini, beliau tidak mempunyai pekerjaan setelah diberhentikan oleh majikan sejak Mac 2020 kerana PKP. Sepanjang PKP beliau pulang ke kampung di Temerloh, Pahang,” kata LSZ.


LSZ menyalurkan sumbangan kecemasan RM500 bagi menampung keperluan pemohon dan anak-anak sementara menunggu bantuan susulan dalam masa terdekat.


Hasil bancian mendapati, beliau layak didaftarkan sebagai asnaf fakir. Antara bantuan yang akan disalurkan deposit dan sewa bulanan rumah, bantuan kewangan bulanan, bantuan makanan bulanan dan bantuan perubatan rawatan bulanan.

Dari Kepanasan Kereta yang Air-Con Rosak, Bayangkan mereka tidur dalamnya selama 5 Malam 7 Orang..ADUI...
Seorang wanita di cerai oleh suami masa PKP bersama 4 anak di usir pulak oleh Tuan Rumah kerana tak bayar sewa kini tidur dalam kereta Waja ( Grey colour) dan mandi di Petronas Rasa. Sudah 5 hari bermalam dalam kereta dengan baby bongsu 5 bulan. Mereka dalam keadaan amat letih dan kesusahan.

Sedih nya ialah ibu kepada anak 5 itu ada kanser. Baru umur 30 tahun sudah ada kanser. Sedih sedih sedih. Anak satu ada masalah jantung, satu ada masalah pernafasan, satu OKU.... cukup menyayatkan hati... sebelum aku pulang aku berbisik... tabah.. akui akan bantu mana yang mampu...

Semoga Tuhan akan mempermudahkan mereka dengan kebaikan anak anak Malaysia membantu beliau.

Siapa yang ingin bantu boleh call Kuan Chee Heng - Uncle Kentang (018 2683999)


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.