Selepas konflik jemaah tabligh di Sri Petaling, Malaysia kini berdepan pula dengan gelombang baru iaitu kluster overseas.
Sama ada terikat dengan tuntutan bekerja mahupun mengambil kesempatan melancong,kini mereka semua yang terbang ke luar negara berharap dapat kembali ke tanah air kerana risau dengan penularan wabak COVID-19 di sana.
Pusat kuarantin cukup selesa tapi…
Lebih menguntungkan, golongan yang terlibat dengan kluster berkenaan telah diberikan pusat kuarantin yang cukup selesa persis hotel bertaraf 5 bintang. Meskipun hakikatnya nampak begitu mewah dan lengkap, namun seorang gadis bernama Alice ini mempunyai perspektif yang agak berbeza.
Bilik rasa macam penjara tiada kunci
Menurut laporan daripada portal Free Malaysia Today, gadis yang bekerja di United Kingdom itu tidak berpuas hati dengan tahap layanan diterimanya sepanjang tempoh kuarantin berkenaan. Walaupun penempatan tersebut kelihatan selesa sekali, dia masih merasakannya bagaikan penjara yang tiada kunci memandangkan mereka tidak boleh keluar dari bilik sesuka hati. Makanan juga hanya akan diletakkan di luar pintu bilik apabila tiba masanya.
Makanan kurang menyelerakan
Selain kecewa kerana tidak dibenarkan memesan makanan luar, dia juga berharap semoga pihak pengawal di sana boleh mengizinkan mereka jalan sebentar di koridor untuk mengambil angin. Dalam pada itu, Alice sempat menceritakan standard makanan yang dirasakan kurang mengena dengan citarasanya.
Hari ketiga dah tak mampu bertahan
Tidak sebarang aktiviti lain yang boleh dibuat, dia menjadi sangat bosan kerana televisyen pula hanya menayangkan siaran sama. Baru saja beberapa hari berlalu, Alice menggambarkan bahawa dia seakan-akan sudah tidak mampu bertahan untuk menempuh tempoh kuarantin.
Sumber : Portal Free Malaysia Today