40 juta korban Covid-19 tahun ini jika tiada langkah wajar - Pakar sains

GLOBAL | Dunia sedang menghadapi keadaan darurat yang “parah dan genting” berikutan wabak Covid-19 yang melanda dunia, kata suatu kajian akademik.
40 juta korban Covid-19 tahun ini jika tiada langkah wajar - Pakar

Sekumpulan pakar sains terkemuka dari Imperial College London dipetik Reuters berkata sekiranya tiada langkah atau polisi wajar yang diambil, wabak itu dianggarkan akan menjangkiti 7 bilion manusia dan mengorbankan 40 juta nyawa di serata dunia, pada tahun ini.

Bagaimanapun, jika risiko wabak penyakit tersebut dapat dikurangkan, maka ia dapat menyelamatkan 20 juta nyawa, kata sainstis berkenaan.


Ini jelas mereka sekiranya terdapat langkah dan strategi mitigasi yang dilaksanakan, seperti melindungi warga emas melalui pengurangan 60 peratus dalam kontak sosial dan mengurangkan 40 peratus kontak sosial terhadap jangkauan kepada penduduk yang lebih luas.

“Kita jangkakan bahawa dalam keadaan ini, sistem perubatan di semua negara akan sesak dengan cepat (melebihi kapasiti),” menurut laporan kajian ke-12 oleh pasukan saintis tersebut, sejak wabak koronavirus baru yang kemudian dinamakan Covid-19 itu merebak di Wuhan, China pada Disember.

“Kesan ini akan menjadi lebih teruk di kawasan dengan penduduk berpendapatan rendah, di mana kapasiti (perkhidmatan kesihatan) sangat lemah,” katanya.


Kajian yang diketuai oleh profesor biologi matematik Neil Ferguson itu berkata analisis mereka mencadangkan supaya permintaan sistem perkhidmatan kesihatan di seluruh dunia boleh berada dalam keadaan stabil dengan mengambil langkah kesihatan seperti yang digunapakai oleh negara lain, termasuk pengasingan, ujian saringan dan mengamalkan penjarakkan sosial yang lebih meluas.


Kajian ke-10 Ferguson, yang diterbitkan awal bulan ini, dilihat sebagai faktor utama mempengaruhi usaha kerajaan di Britain dan Eropah untuk meningkatkan langkah-langkah penjarakkan sosial dan mengetatkan perintah kawalan pergerakan dalam usaha memperlahankan penularan wabak tersebut.

Kajian yang berdasarkan analisis pemodelan matematik itu menggunakan data dan anggaran untuk meramal hasil yang boleh dikenalpasti dalam sesuatu situasi yang terbaik.


Menurut kajian itu lagi, jika negara-negara di seluruh dunia mengambil strategi pembendungan dengan lebih awal, sekitar 38.7 juta nyawa dapat diselamatkan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.