Tun Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-7

Tun Dr Mahathir Mohamad
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri & sebagai Pengerusi Bersatu

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan baru menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.

Peletakan jawatan ini dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengesahkan surat peletakan jawatan itu telah diserahkan pada 1 tengahari.

Bagaimanapun pejabat itu tidak menyatakan siapa yang memangku jawatan itu.

Dr Mahathir dijangka akan menghadap Agong jam 5 petang ini di Istana Negara.
Sebentar tadi, Parti Bersatu telah mengumumkan keluar Pakatan Harapan menerusi satu kenyataan oleh Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Bersatu

Dr Mahathir Mohamad diiringi diiringi Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Ibu Pejabat PPBM, Petaling Jaya, Selangor.


Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi  Bersatu Malaysia  (Bersatu) hari ini.


Surat peletakan jawatan telah dihantar ke ibu pejabat parti hari ini, menurut pejabat Pengerusi Bersatu.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.