Akim Ikat Stacy Menerusi Majlis Pertunangan

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Foto gambar yang memaparkan Akim dan Stacy bergambar kenangan bersama-sama ibu bapa masing-masing selepas majlis pertunangan mereka hari kelmarin.
(Foto ©BH)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Pasangan Akim Ahmad & Stacy Sah Bertunang!

Tahniah buat Pasangan Akim Ahmad & Stacy! Mereka Sah Bertunang!

Vokalis kumpulan Akim & The Majistret, Akim Ahmad, 24 dan kekasih serta penyanyi Stacy, 25 membuat kejutan apabila melangsungkan majlis pertunangan mereka pada Sabtu lepas.

Berita itu disampaikan menerusi akaun Instagram rasmi h! Live (@officialhlive) menerusi sekeping gambar pasangan itu dan ibu bapa mereka. Stacy kelihatan anggun dengan gaun berona merah jambu pada hari pertunangannya dengan Akim yang kelihatan memakai baju melayu Johor berwarna hijau.

Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, berkata dia berasa syukur pertunangannya dengan Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Binti Anam berjalan lancar.

"Syukur Alhamdulillah. Majlis Pertunangan saya @akimahmad dan bakal isteri saya @stacyanam telah selamat berlangsung tadi 26hb September 2015. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami. Dan doakan yang terbaik untuk kami di masa akan datang,” kata Akim melalui kapsyen Instagram tersebut.

Walau bagaimanapun sebelum ini semasa sidang media pengislaman Stacy, beliau menafikan memeluk Islam kerana ingin berkahwin dengan Akim. Stacy juga menyatakan yang mereka tidak pernah berbincang atau merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Akim ada memuat naik gambarnya bersama Stacy semalam dengan kapsyen, “Orang tanya, “tak terlalu awal ke Stacy nak tuning dengan Akim? Dia baru masuk Islam.” Jawapan hamba, “Saya ‘cop’ dulu, rezeki saya, Stacy terima. Bukan apa, takut tunggu lama-lama ada pulak yang nak cop. Hahaha”

Apa-apa pun kami di Beritaup2date fm mengucapkan tahniah buat mereka berdua. Semoga hubungan berkekalan dan segala urusan hingga ke majlis pernikahan dipermudahkan.

Sekitar Majlis Pertunangan Stacy Dan Akim

Gambar Majlis Pertunangan Stacy Dan Akim | Pada hari Sabtu lepas, satu berita gembira mengenai pertunangan Stacy dan Akim menjadi bualan yang cukup hangat.

Agak lama bukan mereka bercinta? akhirnya kedua-duanya sudah bergelar tunangan orang dan selangkah sahaja lagi untuk menempuh alam perkahwinan memetik Beautifulnara.

Ramai yang mendoakan agar Akim dan Stacy dilimpahi kebahagiaan  dan dapat menempuh segala dugaan dan cabaran ketika bertunang dengan penuh kesabaran.

Sekitar Majlis Pertunangan Stacy Dan Akim

Stacy yang mengenakan busana warna merah jambu tampak cukup manis dan Akim pula memang handsome menggayakan baju Melayu berwarna hijau.

Buat peminat Akim dan Stacy jom kita layan beberapa lagi foto sekitar majlis pertunangan mereka dibawah.

Menerusi #stacyakimtunang, kami kongsikan 10 gambar majlis pertunangan Stacy dan Akim yang meriah.

Gambar Majlis Pertunangan Stacy Dan Akim

Gambar Majlis Pertunangan Stacy Dan Akim

Gambar Majlis Pertunangan Stacy Dan Akim

Gambar Majlis Pertunangan Stacy Dan Akim

Gambar Majlis Pertunangan Stacy Dan Akim

Gambar Majlis Pertunangan Stacy Dan Akim

Gambar Majlis Pertunangan Stacy Dan Akim

Gambar Majlis Pertunangan Stacy Dan Akim

Gambar Majlis Pertunangan Stacy Dan Akim

Vokalis utama kumpulan Akim & The Majistret, Akim Ahmad, 24, dan bekas juara Akademi Fantasia musim keenam, Stacy, 25, membuat kejutan kepada peminat dan pihak media apabila melangsungkan pertunangan mereka hari ini.

Menerusi akaun Instagram program hiburan terbitan Astro, h! Live (@officialhlive), sekeping gambar yang memaparkan pasangan itu bersama ibu bapa masing-masing telah dimuat naik sekitar tiga jam lalu.

Stacy yang kelihatan ceria di dalam gambar itu juga telah memilih gaun berona merah jambu bersama-sama ibu dan bapanya yang turut mengenakan pakaian dari warna tersebut.

Sementara itu, Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad itu yang kelihatan segak memakai baju Melayu berwarna hijau sedondon dengan ibu bapanya itu sempat menitipkan ucapannya kepada h! Live.

“Syukur Alhamdulillah. Majlis pertunangan saya dan bakal isteri saya telah selamat berlangsung tadi (26 September).

“Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami. Dan doakan kami yang terbaik di masa akan datang,” kata bekas pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim ketujuh itu ringkas.

Sehingga pukul 8.30 malam tadi, gambar berkenaan telah mendapat 2,645 tanda suka dan sebanyak 120 komen telah dicatatkan oleh pengikut akaun h! Live itu.

Walau bagaimanapun, lokasi majlis yang diadakan secara tertutup itu tidak diketahui dan dicatatkan dalam akaun tersebut.

Namun, menerusi salah sebuah gambar pelamin yang dimuat naik ke akaun Instagram perancang majlis berkenaan, Muas Moi Wedding Stylist (@muasmo), dicatatkan lokasi pertunangan itu telah diadakan di Taman Melawati, di sini.

Sememangnya berita pertunangan mereka itu adalah sesuatu yang mengejutkan kerana baik Akim mahupun Stacy tidak pernah berkongsi perihal itu bersama dengan pihak media sebelum ini.

Walaupun pernah diajukan soalan tersebut sebelum ini terutama apabila timbul desas-desus mengatakan pasangan itu dikhabarkan akan mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun ini, kedua-duanya selesa untuk menafikannya.

Malah, Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam dalam satu sidang media khas selepas pengislamannnya bulan lalu turut memberitahu bahawa dia memeluk Islam bukanlah disebabkan untuk berkahwin dengan Akim.

Pun begitu, segala apa yang berlaku sebenarnya sudah tertulis di Loh Mahfuz dan semuanya adalah ketentuan Allah SWT kerana sesungguhnya Dialah perancang yang terbaik.

Pastinya, baik Akim mahupun Stacy, mereka ada alasan tersendiri untuk merahsiakan pertunangan mereka kepada umum dan mengadakannya secara tertutup.

Sesungguhnya, mereka juga adalah manusia biasa yang mahu kehidupan peribadi mereka hanya untuk dikongsi oleh mereka berdua di samping bersama-sama ahli keluarga masing-masing.

Pasangan Akim Ahmad dan juga Stacy AF telah melangsungkan pertunangan pada hari ini, 26 September.

Majlis itu katanya diadakan secara tertutup di sebuah kediaman private di Lembah Klang dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga.

TAHNIAH: @akimahmad dan @stacyanam sah bertunang.

Ini kata-kata Akim ; "Syukur Alhamdulillah. Majlis Pertunangan saya @akimahmad dan bakal isteri saya @stacyanam telah selamat berlangsung tadi 26hb September 2015.


Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami. Dan doakan yang terbaik untuk kami di masa akan datang. - officialhlive

P/S: Buat Akim dan Stacy, kami di SOS mengucapkan tahniah dan semoga ikatan pertunangan kalian akan kekal sehingga ke jinjang pelamin. Kami mendoakan buat yang terbaik buat pasangan ini! Semoga perjalanan mereka menuju gerbang perkahwinan sentiasa dipermudahkan.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.