Pelakon Veteran Latiff Borgiba sakit paru-paru & masih stabil

Picture
KEADAAN terkini Latiff Borgiba yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur. - Foto Facebook

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Semalam industri hiburan dikejutkan dengan berita kesihatan pelakon veteran, Datuk Mustapha Maarof yang dalam keadaan kritikal akibat penyakit paru-paru dan kini sedang dirawat di Hospital Angkatan Tentera, Tuanku Mizan, Wangsa Maju.


Hari ini pula di laman sosial tersebar gambar pelakon era 60-an, Latiff Borgiba, 77, dimasukkan Hospital Kuala Lumpur. Di dalam laman sosial halaman Facebook beliau, anaknya sendiri memuatkan gambarnya di hospital itu.


Latif Borgiba yang dihubungi tadi menjelaskan dia dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan rapi di situ. Latif dimasukkan ke hospital malam tadi selepas dipujuk anaknya untuk mendapatkan rawatan lanjut.



"Saya sakit di bahagian paru-paru. Ia bermula dengan batuk teruk sejak sekian lama," katanya ringkas.

Dia adalah antara pelakon yang cukup dikenali hingga era 80-an. Malah masih menerima tawaran berlakon filem beberapa tahun lalu.

Watak antagonis antara yang cukup melekat dengan pelakon bermisai tebal dengan mata yang terjegil sewaktu menghayati wataknya.



Nama sebenarnya ialah Abdul Latiff T K Gomu Kakah. Nama Borgiba diberikan pelakon dan pengarah, Allahyarham S Kadarisman. Latiff dilahirkan di Bangkok, Thailand dan kemudian berhijrah bersama keluarganya ke Kuala Lumpur pada tahun 1946.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.