MENTERI Luar Malaysia DS Anifah Aman selar laporan Huffington Post berhubung MH370

Anifah selar laporan Huffington Post berhubung MH370- MENTERI Luar, Datuk Seri Anifah Aman. - Foto BERNAMA

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menolak dakwaan yang disiarkan sebuah akhbar asing berhubung juruterbang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

B
eliau merasa kecewa dengan akhbar berkenaan yang menerbitkan berita yang tidak sah yang semata-mata berdasarkan dakwaan seorang penyiasat kemalangan udara dari New Zealand.


"Teori Ewan Wilson mengenai keadaan mental Kapten Zaharie Shah adalah tidak berasas yang hanya boleh menimbulkan rasa sedih dan trauma kepada anggota keluarga dan rakan mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Beliau mengulas artikel yang diterbitkan The Huffington Post UK pada 16 Sept yang memetik seorang pakar penerbangan sebagai mendakwa kemungkinan kapten pesawat MH30 'membunuh diri' kerana sakit mental dan tindakan beliau telah menyebabkan mereka di dalam pesawat terkorban.

"Tiada perasaan dan pertimbangan diberikan kepada orang tersayang mangsa yang masih menunggu khabar berita tentang kehilangan pesawat dan kesedihan yang timbul.


"Ketika pengakhiran kepada peristiwa itu belum dicapai dan siasatan masih dijalankan, namun Huffington Post merasa sesuai pula untuk menerbitkannya tanpa memikirkan tentang perasaan dan kesedihan mereka yang terlibat dalam insiden berkenaan," katanya.

Wilson, seorang juruterbang komersial veteran yang juga penulis buku 'Good Night Malaysian 370: The Truth Behind The Loss Of Flight 370', turut mendakwa terdapat lima lagi insiden pembunuhan dan membunuh diri melibatkan penerbangan komersial.



Pesawat Malaysia Airlines MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada radar selepas sejam meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL menuju Beijing. - BERNAMA

SOURCE: BH

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.