Syarikat tambang murah AirAsia nafi khabar angin pesawat AK5671 terhempas


AirAsia nafi khabar angin pesawat AK5671 terhempas

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia menafikan khabar angin pesawatnya terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Ketua Komunikasi AirAsia Berhad Aziz Laikar, berita tersebut adalah palsu dan menasihati pengguna media sosial agar tidak menyebarkannya.

"Khabar angin tersebut tidak benar. Adalah lebih baik pengguna untuk tidak mengendahkan sebarang pesanan SMS dan WhatsApp yang diterima mengenai khabar angin tersebut dan berhenti dari menyebarkannya," katanya kepada Astro AWANI.

Khabar angin yang tersebar sejak tengah hari semalam menyebut pesawat AirAsia penerbangan AK5671 dari Kuching telah terhempas di KLIA. Mesej itu turut disertakan imej sebuah model kapal terbang mainan yang diterbalikkan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.