Budak 11 tahun Malaysia terima surat pengiktirafan dari Barack Obama

Budak 11 tahun Malaysia terima surat pengiktirafan dari Barack Obama

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Delwin Cheah Wien Loong, Budak 11 tahun terima surat dari Barack Obama

Bukan setiap hari anda dapat mendengar berita kanak-kanak mendapat surat dari pada Perdana Menteri, namun seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dari Pulau Pinang sangat bertuah apabila dia menerima surat daripada Perdana Menteri Amerika Syarikat, Barack Obama.

Dipetik dari Malaysianinsider, Delwin Cheah Wien Loong bukanlah seorang kanak-kanak biasa kerana ia Delwin merupakan pemegang rekod dalam Malaysia Book of Records 'Pelukis termuda mengadakan pameran seni (Autism Spectrum Disorder) dan memegang rekod di Amerika Syarikat 'Record Setter's' 'Seniman Termuda (ASD) yang mengadakan pameran secara solo".


Surat yang diterima oleh Delwin daripada Obama itu adalah surat untuk memberi ucapan terima kasih di atas pemberian buku lukisan Delwin yang berjudul "I Can Draw".

Dalam surat Obama yang bertarikh 14 Julai itu berkata, "Dunia memerlukan pemuda seperti anda yang berusaha keras di sekolah, berkhidmat untuk komuniti anda dan mempunyai cita-cita yang besar," tulis Obama.

Sebelum ini, atas pencapaian terdahulu, Delwin dan keluarganya telah diberi peluang untuk bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.