Farish Aziz bangga kibarkan bendera Sabah di FIFA World Cup 2014 Brazil

Bendera Negeri Sabah di Brazil

Bendera Negeri Sabah Berkibar di Brazil Sempena World Cup 2014

Tahniah Farish Aziz atas usaha memperkenalkan negeri Sabah ke Peringkat antarabangsa dengan mengibarkan bendera Sabah di Brazil sempena FIFA World Cup 2014.




Usaha 'kecil' beliau ini patut diberikan sedikit pujian kerana atas kesungguhan dan minatnya yang mendalam dalam bolasepak, beliau tidak lupa dengan asal usulnya sebagai Anak Sabah ketika berpeluang untuk menyaksikan sendiri depan mata perlawanan Piala Dunia pada edisi kali ini.

Berasal dari Kota Kinabalu, Farish yang pernah mewakili negeri sabah dalam sukan bolasepak dari tahun 1999-2005 (Bawah 15 tahun - Bawah 23 tahun) sememangnya sudah lama menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki di Brazil.

Merakam saat ketika menyaksikan depan mata World Cup
Farish Aziz atau nama sebenarnya Mohd Farish bin Aziz Sulaiman adalah Pengacara dan Pelakon dan kini menjadi deejay di Radio Suria FM Sabah sanggup menghabiskan sehingga RM 16,000 menurut laporan di PORTAL ASTRO GEMPAK termasuk harga tiket penerbangan, tempat tinggal, makan dan juga tiket untuk menonton perlawanan Brazil menentang Crotia.

Pasukan yang diminati oleh Farish di Piala Dunia adalah England.

Usaha 'kecil' Farish patut dijadikan contoh







Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.