Kuala Lumpur: Seorang wanita yang baru bersalin maut selepas terjun dari tingkat 11, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, di sini, semalam.
Perbuatan itu dipercayai dilakukan mangsa akibat terlalu kecewa apabila mendapat tahu suaminya berkahwin lagi dengan warga Indonesia.Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa berusia 50 tahun dikatakan bertengkar dengan suaminya sebelum melompat dari tingkat 11 PPR itu.
Menurut sumber, mangsa sebelum ini pernah cuba untuk membunuh diri, selain sering bergaduh dengan suaminya.
“Dia (mangsa) terjun dari beranda rumahnya sebelum ditemui orang awam jam 9.30 pagi,” katanya.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Nor Azman Muhamad Yusuf, berkata mangsa yang ada kad rawatan sakit mental terjun dari tingkat tingkat 11 PPR itu sebelum orang awam menghubungi polis pada jam 9.50 pagi.