Akaun Twitter CIA memperoleh kira-kira 115,000 pengikut dalam tempoh dua jam ia dilancarkan. Akaun Twitter CIA memperoleh kira-kira 115,000 pengikut dalam tempoh dua jam ia dilancarkan.
CIA sertai Twitter, Facebook
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA), kelmarin menyertai laman sosial Facebook dan Twitter.
"Kami tidak mengesahkan atau menafikan bahawa ini adalah tweet pertama CIA," seloroh agensi risikan tersebut menerusi tweet pertama mereka, menurut Press TV.
We can neither confirm nor deny that this is our first tweet.
— CIA (@CIA) June 6, 2014
Pengarah CIA, John Brennan memaklumkan, akaun baharu Facebook dan Twitter itu dibuka bertujuan untuk membantu mereka melibatkan diri secara langsung dengan orang ramai selain memberikan maklumat mengenai misi, sejarah dan perkembangan CIA.