Jualan rumah di Battersea Power Station laris
KUALA LUMPUR: Battersea Power Station Development Company (BPSDC) menyatakan terdapat kemajuan kukuh dalam program jualan London sahaja untuk 254 rumah di Stesen Tenaga Battersea."Dalam jualan minggu pertama, tempahan telah dibuat untuk 95 peratus daripada hartanah berkenaan dengan ramai pembeli berhasrat untuk memiliki dan menduduki unit bersaiz besar daripada biasa dengan spesifikasi dalaman yang tinggi.
"Kira-kira 75 peratus daripada pembeli untuk fasa dua adalah penduduk United Kingdom," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.
Pengerusi Battersea Project Holding Company, Tan Sri Liew Kee Sin, berkata syarikat itu gembira dengan jualan rumah di stesen tenaga itu.
"Jualan rumah yang unik ini mengukuhkan pemulihan Gred II Power Station yang disenarai dan satu pencapaian besar dalam membuka mercu tanda London kepada orang ramai.
"Sambungan landasan utara ke stesen tenaga itu juga giat dilaksanakan dan pemberian kontrak untuk kerja utama dijangka dibuat pada awal Julai depan," katanya.
Kerja awal di tapak untuk kemudahan asas untuk faedah projek itu dijangka bermula akhir tahun ini dengan kerja utama dijangka bermula pada musim bunga tahun depan.
Permulaan pelancaran fasa dua kebetulannya sama dengan parti tahunan pertama projek itu yang dihadiri lebih 2,500 orang, termasuk selebriti Britain seperti Tom Odell dan Elton John.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.