Tragedi MH370 : Peralatan Canggih US Masih Belum Berjaya Membantu


MH370: Peralatan Canggih US Masih Belum Berjaya Membantu

Kehilangan pesawat MH 370 Penerbangan Malaysia merupakan satu kejadian misteri yang sukar dijelaskan buat masa ini. Walaupun pasukan penyiasat mengadakan satu usaha pencarian yang begitu luar biasa di udara dan laut ia masih tidak menampakkan sebarang tanda-tanda penemuan mahu pun sebarang petunjuk.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Azharuddin Abdul Rahman tidak yakin kapal terbang tersebut dirampas tetapi tetap mengambil kira kemungkinan tersebut.

“Unfortunately we have not found anything that appears to be objects from the aircraft, let alone the aircraft.  As far as we are concerned, we have to find the aircraft, we have to find a piece of the aircraft if possible.” katanya dalam sidang media.

Misteri Yang Sukar Difahami


Berpuluh kapal terbang dan kapal laut dari 7 buah negara menjalankan operasi di sekitar perairan Malaysia dan selatan Vietnam namun sehingga kini tiada sebarang tanda yang boleh ditafsirkan bahawa pesawat tersebut telah meletup atau menjunam ke dalam laut.

Misteri ini turut dirasai oleh Amerika Syarikat yang mempunyai pelbagai peralatan canggih melalui satelit dan kapal tentera mereka. Kapal U.S. Navy P-3 aircraft berupaya menyiasat 1500 kaki persegi setiap jam telah melakukan operasi ini bermula dari bahagian utara Selat Melaka sehingga ke tempat MH370 kali terakhir dikesan. Namun mereka masih gagal mengesan sebarang tanda atau objek dari kapal terbang yang dilaporkan hilang.

“Our aircraft are able to clearly detect small debris in the water, but so far it has all been trash or wood,” kata Jurucakap  U.S. 7th Fleet , Commander William Marks dalam satu e-mel kepada media.

Amerika Syarikat juga menubuhkan pasukan melihat semula imej-imej yang diambil oleh satelit perisikan mereka jika ada sebarang letupan di udara pada ketika kapal terbang tersebut dilaporkan hilang.  Malangnya, sehingga kini tiada sebarang imej letupan diperolehi dari satelit antara yang tercanggih di kawasan ini..

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.