Penternak ikan tak digalak beri makan perut ayam

Picture
Haiwan akuatik seperti ikan mudah terdedah kepada jangkitan

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



KUANTAN - Penternak ikan sungai dalam sangkar di negeri ini, khususnya yang menternak ikan patin, tidak digalak menggunakan perut ayam sebagai makanan utama ternakan mereka .

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata amalan itu dikhuatiri meninggalkan kesan terhadap kesihatan pengguna kerana isi perut ayam tersebut mungkin mengandungi bakteria berbahaya.


"Kalau ingin meneruskan penggunaannya penternak perlu menggunakan kaedah yang betul iaitu merebus perut ayam itu terlebih dahulu sebelum diberi kepada ikan ternakan," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Biosekuriti Jabatan Perikanan Pahang, di sini hari ini.

Katanya beliau difahamkan penternak ikan menggunakan perut ayam sebagai alternatif kepada makanan ikan termasuk pelet atas faktor kos.


Sementara itu, Shafik Fauzan berkata kerajaan Pahang akan memberi peruntukan tambahan bagi menambah nilai pusat bernilai RM10 juta berkenaan dalam usaha menjadikannya pusat rujukan perikanan di Wilayah Pantai Timur.

"Pusat Biosekuriti Perikanan ini yang merupakan makmal bagi menganalisis produk perikanan sama ada yang dijual di dalam mahupun luar negara, perlu dilengkapi dengan sebuah perpustakaan untuk meletakkan hasil kajian dan pelbagai bahan rujukan lain yang berkaitan.


"Jika dibandingkan dengan harga bangunan dan peralatan yang telah disediakan tidak lengkap dengan hanya memiliki alat canggih tetapi tidak ada perpustakaan bagi pusat rujukan pelbagai pihak bukan sahaja untuk negeri ini, malah seluruh wilayah Pantai Timur ini," katanya. - Bernama

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.