Keluarga penumpang China tiba di Malaysia


AHLI keluarga penumpang pesawat MH370 dari China memasuki sebuah di hotel di Putrajaya. Bosan dengan menunggu kenyataan akhbar , saudara-mara penumpang di Beijing datang dengan tulisan impromptu untuk membidas syarikat pengangkut MAS dengan kata dua tulisan tangan mereka dengan satu persidangan akhbar berita spontan akan dibuat

Sepang: Sebuah pesawat dari Beijing, China yang membawa anggota keluarga penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 8 pagi tadi.

Difahamkan, semua warga China itu dibawa oleh MAS untuk mengikuti perkembangan dan laporan terkini mengenai insiden kehilangan pesawat berkenaan.

Setakat ini, pihak media yang menunggu sejak jam 7 pagi masih gagal menemubual mereka.

Selain itu, kelihatan di Bilik Taklimat Anak Kapal adalah sukarelawan Tzu-Chi Malaysia yang datang untuk memberikan sokongan kepada ahli keluarga penumpang.

Seramai 152 penumpang warga China yang menaiki pesawat itu, Sabtu lalu..

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.