Berikut adalah lima perkara yang anda perlu tahu mengenai transponder.
Transponder adalah radio pemancar di kokpit yang berhubung dengan radar di darat. Apabila transponder tersebut menerima isyarat dari ‘radar kedua’, ia menggembalikan kod� squawk dengan kedudukan pesawat, altitud dan isyarat panggilan. Radar sering menerima isyarat bunyi (ping) untuk membantu pusat kawalan trafik udara menentukan kelajuan dan arah sesuatu pesawat.
2. Apa yang dimaksudkan dengan ‘squawk’?
Ia adalah kod empat digit untuk mengenal pasti mana-mana juruterbang menekan transponder untuk setiap penerbangan. Ia membantu pusat trafik udara mengenal pasti setiap penerbangan.
3. Mengapa transponder diperlukan?
Radar utama adalah lebih asas, hanya berkesan melihat pantulan radar seseuatu objek. Ia memberi gambaran sasaran, memaparkan ia dengan blip pada skrin. Semakin besar sesuatu objek, semakin besar pantulan. Transponder meningkatkan isyarat pantulan dan memberi maklumat tambahan kepada pusat kawalan trafik udara.
4. Adakah terdapat cara untuk menggunakan transponder bagi menggambarkan masalah di dalam pesawat?
Terdapat beberapa kod untuk situasi kecemasan yang berbeza. Bagi kes rampasan pesawat, ia 7500. Untuk kegagalan komunikasi, 7600. Kecemasan 7700.
5. Bagaimana dan mengapa anda mematikan transponder?
Terdapat suis yang akan anda gerakkan dari ‘ON’ or ‘SBY’ (siap sedia) atau ‘ALT’ (altitud). Anda juga boleh menarik pemutus litar untuk transponder di dalam kokpit.
Ketika penerbangan biasa, terdapat beberapa sebab untuk mematikan transponder. Antaranya, apabila pesawat berada dekat antara satu sama lain (mungkin menghampiri lapangan terbang). Pengawal trafik udara mungkin boleh meminta juruterbang untuk mematikan transponder atau bersiap sedia.