HomeTerkiniPunca Amah kelar 2 budak Jagaannya Punca Amah kelar 2 budak Jagaannya 0 Admin 3:58 AM Sungai Buloh: “Dia (pembantu rumah) memang rapat dan sangat menyayangi anak-anak, malah hubungan dengan ahli keluarga yang lain juga tiada masalah kerana kebolehannya berbahasa Mandarin,” kata bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan Melvin, Selvan Joseph yang ditemui mati akibat dikelar pembantu rumah keluarganya di Taman Sri Putra, di sini kelmarin. --> Selvan, 44, yang ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh berkata, dia tidak menyangka pembantu rumah yang dipanggil Agnes itu tergamak membunuh anaknya yang masih kecil bersama anak tirinya, Koay Jia Hong, lima tahun. “Saya masih tidak dapat menerima berita sedih ini dan masih tertanya-tanya punca Agnes bertindak demikian. Tolong beri saya masa untuk bertenang,” katanya yang mengulas lanjut. Ditanya kemungkinan pembantu rumah itu didera dan melakukan perkara itu untuk membalas dendam, Selvan hanya memberitahu dia tidak tahu kerana sudah setahun tinggal berasingan dengan isterinya yang menjaga kedua-dua kanak-kanak berkenaan. “Saya tinggal bersama keluarga di kawasan berhampiran, manakala isteri dan anak-anak pula tinggal bersama keluarganya di rumah itu termasuk dua adiknya. Saya difahamkan, sehari sebelum kejadian ini mereka ada keluar makan bersama-sama,” katanya yang bertugas sebagai perunding teknologi maklumat. Siasatan polis mendapati pembantu rumah berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan mula bekerja dua tahun lalu menggantikan rakannya iaitu bekas pembantu rumah keluarga terbabit. Difahamkan, wanita berkenaan dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan hidupnya yang tidak bebas dan sentiasa ‘berkurung’ di dalam rumah itu berikutan tiada pengenalan diri selain merindui dua anaknya di kampung. Dua kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan dan lima tahun dikelar dengan pisau berasingan hingga mati oleh pembantu rumahnya sebelum wanita itu membunuh diri dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat. Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa tinggal bersama pembantu rumah warga Indonesia itu yang berusia 30-an. Pegawai Kedutaan Besar Indonesia, Dino Nurwahyudin berkata, pihaknya akan bekerjasama bagi mengenal pasti identiti wanita itu sebelum memaklumkan kepada keluarganya. -Harian Metro insurance premium hike in line with bnm s interim ... pasaran as cuba untuk pulih prospek serangan as te... menteri besar terengganu umum cuti hari ahad 30hb ... allahuakbar baru baru ni ada laporan matahari terb... menikmati durian black thorn di titi kerawang stal... tik tok kena banned nasib ahli perniagaan didakwa pukul pengawal perib... isu tapak kuil selesai pengurusan kuil setuju pind... koleksi popular sampul duit raya edisi terhad 2025 pulau pinang bagi duit raya guna duit negeri teren... pmx maklum mahb diserang penggodam tuntut wang teb... ap centro club a modern clubhouse redefining commu... ustazah asma denies abandoning mcd s boycott claim... Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih Tags Jenayah Terkini Newer Gila! Ayah Mangga mulut anak dan pukul Sampai Mati Older Norfaezah Budiman kongsi Status Facebook petanda ajalnya