Erwina Sulistyaningsih (23) ialah seorang pembantu rumah Indonesia yang mencari nafkah di Hong Kong. Beliau didera oleh majikan, Lo Wan Tung. Erwina ditemui di lapangan terbang dengan kesan luka dan lecur yang teruk di seluruh badan beliau.
MAJIKAN DERA PEMBANTU RUMAH MELECUR SELURUH BADAN
Pembantu Rumah Indonesia Kena Dera Di Hong Kong
Seorang pembantu rumah dari Indonesia didera oleh majikannya di Hong Kong hingga berada dalam keadaan kritikal.
Kes melibatkan Erwina Sulistyaningsih, 23, disahkan oleh pihak polis yang menerima laporan berkaitan kejadian ini pada 12 Januari lalu.
Mengikut pertubuhan buruh Hong Kong, siasatan mendapati Erwina sudah didera selama lapan bulan, sejak dia mula bekerja Mei tahun lalu.
Penderitaannya hanya diketahui selepas Erwina meminta pertolongan kawan ke lapangan terbang untuk pulang ke Indonesia. Kemunculan Erwina mengejutkan ramai orang apabila kelihatan mengalami kecederaan luka dan kesan terbakar di seluruh tubuh badan dan kaki.
Majikannya hanya memberikan Erwina wang sebanyak 1.2 juta rupiah (RM411) dan sehelai kemeja T, selain diugut agar tidak memberitahu sesiapa pun tentang kisahnya didera sebelum dia menaiki kapal terbang.
Sebaik sahaja kisah penderaan Erwina diketahui, pihak berkuasa menahan majikannya yang dikenali sebagai Lo Wan Tung di Lapangan Terbang Hong Kong.
Ketika itu majikannya dikatakan sedang menanti penerbangan untuk pergi bercuti ke Thailand.
Keadaan Erwina semakin pulih selepas menjalani pembedahan namun dia dipercayai bakal mengalami trauma apatah lagi mempunyai parut yang sukar disembuhkan di seluruh tubuh.
Baru-baru ini Hong Kong mengambil 300 pekerja asing dari Asia Tenggara, sebahagian besarnya dari Filipina dan Indonesia.
Apa yang berlaku kepada beliau menimbulkan kemarahan komuniti pekerja asing Asia Tenggara yang dikatakan berjumlah 300 000 di Hong Kong. Majoritinya berasal dari Filipina dan Indonesia. Mereka mahu undang-udang diperketatkan bagi mengelakkan kejadian sebegini berlaku dan mahu majikan membenarkan orang gaji mengambil hari cuti pada hujung minggu. Kasihan Erwina. Ini mengingatkan kami kepada kes Nirmala Bonat yang berlau di negara kita. Sungguh sadis!
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date