Liputan terkini Banjir Teruk Beaufort


Untuk pengetahuan semua banjir ini berlaku di banyak kawasan termasuk Kemabong, Membakut, Tenom, Keningau, dan Beaufort.

Lokasi gambar ini dipercayai diambil di daerah beaufort yang teruk ditenggelami air, banyak rumah tenggalam sehinggakan penduduk naik ke atap saja. 

Kampung kemabong boleh dikatakan darurat, elektrik air line telefon semua tiada kerana banyak tiang elektrik hanyut..bantuan memang ada makanan bot2 bomba..tapi banyak kawasan yang belum dapat bantuan kerana banyak jalan terputus.


BERIKUT LAPORAN RASMI KEJADIAN BANJIR OLEH PDRM SABAH

Daerah Terlibat:-
i) Daerah Keningau melibatkan mangsa banjir yang dipindahkan seramai 560 orang. Jumlah pusat pemindahan sebanyak 2 buah.
ii) Daerah Tenom melibatkan mangsa banjir yang dipindahkan seramai 53 orang dan jumlah pusat pemindahan adalah sebanyak 2 buah.
iii) Daerah Beaufort melibatkan mangsa banjir yang dipindahkan adalah seramai 2278 orang dan jumlah pusat pemindahan adalah seramai 6 buah.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan awasilah anak-anak kecil agar perkara tidak diingini tidak berlaku ketika musim banjir ini.






















































Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.