Digantung loceng di leher hampir lima jam sebelum memberi rumput untuk dimakan.
Itu hukuman dikenakan oleh seorang guru terhadap dua pelajar tahun empat di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khai Meng, Sungkai, Perak. Ia gara-gara tidak menyiapkan kerja sekolah. Lebih dikesali, guru berkenaan dikatakan memberi rumput kepada pelajar berkenaan dan menggelarkan mereka lembu.