Permainan Aplikasi Candy Crush rupanya sangat berbahaya

Permainan Aplikasi Candy Crush rupanya sangat berbahaya

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


BAHAYA GAME CANDY CRUSH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian,, rasanya sejak kebelakangan ini, permainan atau games Candy Crush Saga semakin mendapat sambutan di kalangan orang ramai.

Pergi sahaja ke mana-mana pasti sahaja ternampak atau terlihat orang yang sedang memain permainan Candy Crush Saga, terutamanya di telefon pintar masing-masing.


Memang, rakyat Malaysia juga ramai yang memainkan permainan ini, termasuk admin sendiri.. haha, tapi awas ketagihan permainan ini atau permainan atas talian lain boleh membawa risiko tentang kesihatan seseorang.

Baru-baru ini dalam akhbar utusan Malaysia ada melaporkan yang seorang wanita mengalami masalah sakit belakang dan tidak cukup tidur kerana ketagih bermain permainan Candy Crush ini.
Baddrol
LUCY Berkley mengalami masalah tidak cukup tidur dan sakit belakang akibat ketagihan bermain Candy Crush. - AGENSI
KENT, England - Seorang wanita di sini mengalami masalah sakit belakang dan tidak cukup tidur ekoran ketagih bermain permainan atas talian, Candy Crush.

Lucy Berkley, 44, berkata, dia mengalami masalah itu kerana duduk dalam keadaan membongkok yang terlalu lama untuk bermain Candy Crush.

"Saya boleh menghabiskan masa lebih 10 jam untuk bermain permainan itu tanpa memikirkan perkara lain.

"Saya akan berasa mengantuk setiap kali ke pejabat ekoran tidak cukup tidur," katanya.

Namun, situasi itu bukan sahaja dialami oleh Berkley kerana rakan-rakan pejabatnya turut ke tagih bermain permainan tersebut.

"Pada mulanya saya fikir mustahil saya tidak cukup tidur kerana Candy Crush, namun apabila rakan-rakan saya juga mengalaminya, kami tidak kisah dengan situasi itu.

"Malah, saya dan rakan-rakan pejabat mula bertanding kedudukan siapa paling tinggi dalam permainan itu," ujarnya. PERMAINAN candy crush menjadi fenomena sejak ia dilancarkan pada tahun 2012
Baddrol
Menurut agensi AppData, kira-kira 700 juta pengguna bermain Candy Crush di seluruh dunia menerusi telefon pintar.
Data AppData juga menunjukkan, permainan atas talian itu lebih digemari oleh golongan wanita berbanding lelaki.

Wanita berusia 44 tahun itu berkata, dia mengalami masalah itu kerana duduk membongkok terlalu lama untuk bermain permainan Candy Crush tersebut.

Mungkin bukan hanya dia seorang tetapi ramai lagi yang ketagih permainan seperti ini mengalami nasib atau masalah yang sama. Bukan hanya permainan Candy Crush Saga tapi mungkin ada permainan lain yang menyebabkan ketagihan seseorang itu bertambah.

Wanita berusia 44 tahun itu berkata, dia mengalami masalah itu kerana duduk membongkok terlalu lama untuk bermain permainan Candy Crush tersebut.


Mungkin bukan hanya dia seorang tetapi ramai lagi yang ketagih permainan seperti ini mengalami nasib atau masalah yang sama.

Bukan hanya permainan Candy Crush Saga tapi mungkin ada permainan lain yang menyebabkan ketagihan seseorang itu bertambah.


Jadi rasanya yang ketagihan itu, boleh la kurangkan bermain permainan seperti ini, rugi rasanya menghabiskan masa seperti ini. Rugi masa rehat, rugi masa bersama teman-teman, keluarga dan sebagainya dan yang paling utama ketagihan permainan dalam talian seperti ini boleh mengundang penyakit ekoran tidak cukup tidur dan sebagainya.

* Bermain game tak salah tapi janganlah sampai ketagih yang boleh membawa kerosakan kepada diri sendiri. Kan? :)

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.