Nursyafiqah Abdullah budak mangsa bunuh tidak dirogol

AHLI keluarga dan kakitangan Bilik Forensik Hospital Sultanah NurZahirah Kuala Terengganu mengangkat jenazah Nursyafiqah Adawiyah Abdullah, 2, untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbong, Paka, semalam.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Hasil laporan bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak dua tahun yang ditemui mati dibunuh Selasa lalu, tidak menemui sebarang kesan penderaan seksual sama ada dirogol atau diliwat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan bagaimanapun berkata, laporan itu belum dimuktamadkan.

Beliau berkata, pihaknya kini menunggu pengesahan dan laporan konklusif mengenai punca kematian mangsa dari Bahagian Toksikologi, Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.