Ketua Menteri Sarawak,Taib Mahmud dijangka bersara pada 28 Februari

Sebelum bertanding kerusi Sebandi, Taib memegang jawatan Menteri Tanah dan Galian Persekutuan.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Angka 33 adalah angka bertuah. Angka itu juga yang dipilih Ketua Menteri Sarawak untuk bersara daripada jawatan Ketua Menteri Sarawak. Tan Sri Pehin Haji Abdul Taib Mahmud dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1981.

Beliau menang kerusi DUN Sebandi dalam satu pilihan raya kecil. Selepas itu dilantik menteri negeri seketika sebelum menggantikan pak ciknya Tun Abdul Rahman Ya’kub sebagai Ketua Menteri Sarawak yang keempat.


Sebelum bertanding kerusi Sebandi, Taib memegang jawatan Menteri Tanah dan Galian Persekutuan.

Menurut sumber,  beberapa minggu lalu, satu rombongan telah mengadakan pertemuan dengan Taib Mahmud di kediamannya di Kuching. 


Dalam pertemuan itu, Taib menyatakan hasratnya untuk bersara dari politik dan memberikan tarikh 28 Februari sebagai tarikh yang sesuai. 

Menurut sumber itu, tarikh yang dipilih itu untuk membolehkannya dilantik sebagai TYT Sarawak yang baru selepas persaraan TYT sekarang yang dijangka pada bulan March.

Taib Mahmud memegang rekod paling lama menjadi Ketua Menteri/Menteri Besar di Malaysia. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen kedua paling lama selepas MP Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Kejayaan terbesar Taib Mahmud dalam politik Sarawak ialah kemampuannya mempertahankan kedudukan PBB sebagai parti yang dominan dan berpengaruh dalam BN Sarawak sungguhpun kaum bumiputera Islam adalah minoriti berbanding dengan bumiputera bukan Islam seperti kaum Dayak.

Pada pilihan raya umum 1987, ramai yang menjangkakan Barisan Nasional Sarawak akan mengalami nasib sama seperti kerajaan Barisan Nasional Sabah yang tumbang kepada parti PBS yang ditunjangi kaum bumiputera bukan Islam.

Dalam pilihan raya negeri Sabah 1985, Parti BERJAYA pimpinan Tan Sri Harris Salleh gagal mempertahankan kerajaan BN, hanya menang 6 dari 48 kerusi DUN Sabah.

Sentimen kemenangan PBS telah sampai ke Sarawak. Parti Bansa Dayak Sarawak atau PBDS pimpinan Tan Sri Leo Moggie yakin memperolehi kejayaan seperti PBS di Sabah. 

Keyakinan itu bertambah kerana PBDS mendapat  sokongan daripada bekas ketua menteri Sarawak, Tun Rahman Ya’kub dari parti PERMAS.

Persaingan sengit dalam pilihan raya negeri 1987 bagaimanapun memihak kepada Barisan Nasional. PBDS hanya menang 15 kerusi, manakala PERMAS hanya dapat 5 kerusi. 

Secara keseluruhan BN Sarawak mengekalkan kemenangan 28 kerusi. Taib Mahmud berjaya mengekalkan sokongan kaum Tionghua yang menyokong SUPP (11 kerusi) disamping PBB mempertahankan 14 kerusi dan parti SNAP menang 3.

Pada pilihan raya negeri 2011, BN Sarawak juga mendapat tentangan hebat berikutan serangan-serangan peribadi ke atas Taib Mahmud dan keluarga, namun ternyata Taib adalah seorang tokoh politik yang hebat dan wajar diberi penghargaan kerana terus mempertahankan kerusi-kerusi BN termasuk dalam PRU 1 dan sokongan orang Melayu yang masih yakin dengan kepimpinan Taib.

Pada PRU negeri 2011, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menyebut kesediaan Taib untuk berundur dalam masa dua tahun. 

Beliau dijangka mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak pada bulan Mac nanti.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.