HomeSabahBudak 7 tahun menyelamatkan diri selepas ayah ditembak perompak Budak 7 tahun menyelamatkan diri selepas ayah ditembak perompak 0 Admin 9:15 AM Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang cedera di tangan akibat terkena serpihan peluru, berlari lima kilometer (km) untuk mendapatkan bantuan selepas bapanya mati ditembak perompak di Ladang Nam Wah di Paitan, dekat sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 5.30 petang, kanak-kanak warga asing itu, Rahmat, cedera di tapak tangan kiri, manakala bapanya, Edoh Sultan, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tembakan mengenai dada kiri. Sebelum itu, mangsa bersama bapanya dalam perjalanan dari pusat pengumpulan buah menaiki traktor dengan membawa gaji pekerja RM31,000 ke pejabat ladang, 10km dari pusat berkenaan. Setibanya di tempat kejadian, bapa mangsa ditembak dari arah belakang sebelum dua lelaki bertopeng muncul dari arah ladang kelapa sawit. Perompak terbabit kemudian mengarahkan Rahmat yang dalam ketakutan menunjukkan tempat wang disimpan bapanya sebelum mengarahkan budak itu melarikan diri. Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintendan V Sivanathan, berkata mangsa yang cedera, berlari ke stor penyimpanan minyak dalam ladang itu sebelum memaklumkan kepada pekerja ladang. Tags Jenayah Sabah Newer Older