2 Gambar remaja yang mengeluarkan duit menggunakan kad ATM orang lain
Dua orang remaja perempuan kini dicari apabila gambar-gambar CCTV mendedahkan wajah mereka sebagai suspek pencuri duit dalam mesin ATM.
Kejadian berlaku apabila pengadu, Puan Sanizabri Nurul 'Ain terlupa mengambil kad banknya semula daripada ATM RHB di Festival City. Beliau menyedari kejadian itu setelah balik ke pejabat. Namun semuanya sudah terlambat apabila beliau menyemak baki akaunnya menunjukkan terdapat transaksi pengeluaran sebanyak RM2000.
Setelah membuat laporan Polis, Puan Sanizabri kembali semula ke bank tersebut untuk mendapatkan salinan rakaman CCTV. Melalui rakaman itu, jelas menunjukkan dua orang remaja perempuan mengambil peluang dengan mengeluarkan duit beliau.
Bertambah kecewa apabila melihat kedua-dua remaja itu tersengih-sengih keluar daripada bank seolah-olah mendapat durian runtuh.
Kronologi: Pengadu daftar nombor telefon di mesin ATM, kemudian resit akan keluar menunjukkan proses daftar berjaya. Namun, kad masih di dalam dan masih boleh membuat transaksi. Pengadu terlupa dan terus belah, dua remaja ambil peluang keemasan.
Beliau mengakui turut bersalah kerana kecuaian diri sendiri. Namun, perbuatan remaja itu yang mengambil kesempatan tidak boleh dibiarkan. Semoga kedua-dua suspek itu berjaya dikesan agar menjadi pengajaran kepada orang lain.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags