Linda Onn bakal kahwin kerabat

Penyampai stesen radio Suria FM, Linda Onn, 36, mengesahkan bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan jejaka berstatus kerabat diraja pada 27 Disember ini.

Linda atau nama sebenarnya, Rozlindah berkata, majlis perkahwinannya akan diadakan secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

Adakah ini bakal suami Linda Onn?


SECARA eksklusif, Media Hiburan Online berkongsi wajah yang dikhabarkan sebagai bakal suami kepada penyampai radio terkenal, Linda Onn.

Menurut sumber, bakal suami Linda adalah berketurunan kerabat bernama Ungku Azhar, berusia dalam lingkungan 40an.

MH telah cuba menghubungi Linda Onn untuk mengesahkan perkara ini tetapi gagal.

Namun, menerusi laporan dalam sebuah akhbar, Linda mengesahkan bakal mengakhiri zaman solonya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember ini dan akan mengadakan majlis secara tertutup dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.

Sebelum ini, Linda juga dipercayai telah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama di Johor Bahru.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.