Borang Online Permohonan dan Pendaftaran Rumah Idaman Rakyat SPNB
Terdahulu, ketika membentangkan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan mahu SPNB bertindak sebagai pemaju projek Rumah Idaman Rakyat (RIR) kerana ia mampu menawarkan harga yang jauh lebih rendah berbanding pemaju hartanah swasta lain
Perdana Menteri turut memaklumkan SPNB akan membina tiga ribu unit RIR di seluruh negara pada 2014Bagi yang berminat dengan Program Rumah Idaman Rakyat yang ditawarkan oleh SPNB boleh mengisi borang pendaftaran secara dalam talian (online)
Sila ikuti maklumat yang berkaitan seperti berikut
Borang Pendaftaran Dan Maklumat Bagi Program Rumah Idaman Rakyat (RIR)
Borang boleh dilengkapkan dan maklumat berkaitan boleh didapati, klik pada link di bawah
Syarat Kelayakan Program Rumah Idaman Rakyat
Pembeli mestilah warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan keatas
Mempunyai pendapatan individu tidak melebihi RM7500
Atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000
Keutamaan diberikan kepada pembeli rumah pertama, golongan OKU dan ibu tunggal
Info lain berkaitan Program Rumah Idaman Rakyat
a) Harga jualan rumah bermula dari RM70,000 ke RM250,000. Manakala unit kedai tidak melebihi RM 1,000 000
b) Konsep pembangunan adalah bercampur
c) Jenis Rumah
Banglo
Teres
Rumah Berkembar
Apartment ( Minimum 5 Tingkat)
Unit Kedai
Perkongsian info selanjutnya adalah mengenai borang dan maklumat ringkas tentang program Rumah Mesra Rakyat
Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa
Bagi yang berminat dengan Rumah Mesra Rakyat (RMR), pemohon perlu mengisi dan melengkapkan maklumat dan dokumen yang dinyatakan di dalam borang itu sepenuhnya
Borang boleh didapati secara percuma. Sila rujuk pada ruangan dibawah
Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Borang boleh dicetak dan dilengkapkan dengan memuat turun (download) klik pada Link dibawah:
<<Borang Permohonan RMR1M>>
Sebarang maklumat lanjut atau produk lain yang berkaitan adalah dengan sewajarnya melayari laman web rasmi SPNB di capaian url http://www.spnb.com.my
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags