Bekas model majalah Playboy, Felixia Yeap, 27, bersungguh-sungguh untuk mengubah penampilan lebih sopan hingga sanggup menolak tawaran peragaan syarikat besar.
Katanya, antara tawaran ditolaknya termasuk menjadi model produk alkohol sebuah syarikat terkemuka yang akan diterbitkan di banyak negara Asia Tenggara.
“Ejen peragaan menghubungi saya beberapa minggu lalu memberi tawaran itu dan meminta saya menghubungi mereka semula jika berubah fikiran.
“Saya maklumkan tidak akan berubah fikiran dan tetap dengan keputusan untuk mengelak terbabit dengan tawaran peragaan memerlukan saya beraksi seksi atau menggoda, apatah lagi untuk produk alkohol,” katanya .
Felixia yang pernah menjadi model majalah Playboy Filipina, Julai lalu dan ‘Gadis Arnab’ Kelab Playboy Macau pada 2011, kini lebih selesa memakai pakaian sopan, terutama baju kurung dan jubah, malah berhijab apabila tidak terbabit dengan sesi fotografi atau tugasan peragaan.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.