Peniaga Di China Guna Minyak Masak ‘Kitar Semula’ Dari Najis, Kumbahan!
Boleh anda bayangkan betapa jijiknya makanan di sana?
Bagi pencinta makanan, masakan tradisional China, yang dijual di bahu-bahu jalan di negara ini bukan sahaja enak, malah ia membentuk sebahagian daripada pandangan menarik di bandar-bandar di negara ini.
Namun, masalah baharu timbul selepas penjual makanan, termasuk pengusaha restoran didapati bukan sahaja menggunakan minyak masak terpakai secara berulang kali, malah ada antara mereka bertindak keterlaluan menggunakan 'minyak longkang' yang diproses semula.Ada peniaga kecil-kecilan makanan ini didapati memilih minyak yang dibuang ke dalam longkang yang dikumpul daripada mendapan tangki pembetungan sebagai pilihan mereka, kerana ia jauh lebih murah dan menjimatkan kos.
Cara pembuatannya, pula agak mudah iaitu mendapan daripada tangki pembetungan yang mengandungi sampah dan sebarang unsur yang mungkin mengandungi minyak masak dan bahagian termasuk lemak haiwan, dikumpul sebelum dimasak dan ditapis.
Lebih menjijikkan, 'minyak longkang' yang dihasilkan ini bukan sahaja tidak sihat, malah ia turut mengandungi pelbagai toksin berbahaya termasuk 'carcinogen' yang menjadi punca kepada penyakit barah.
Pihak berkuasa China yang sedar tentang amalan buruk itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini cuba menghapuskan kegiatan kurang sihat itu bagi mengelak tanggapan buruk orang ramai terhadap makanan tradisional China.
Bagaimanapun, jumlah mereka yang terlibat dalam perniagaan 'minyak longkang' ini, pula agak ramai, sekali gus menyukarkan pihak berkuasa bertindak, sehingga hukuman penjara seumur hidup tidak mendatangkan gerun kepada dalang aktiviti itu.
Dipercayai satu persepuluh daripada minyak masak dalam pasaran di China merupakan 'minyak longkang, tetapi walaupun jumlah itu agak besar, namun ia masih belum dapat mengurangkan kebimbangan orang ramai.
Usaha untuk membanteras kegiatan itu agak sukar kerana kecenderungan orang ramai untuk memiliki minyak masak itu yang jauh lebih murah.
- AGENSI
Masalah keselamatan makanan di negara China amat tidak memuaskan dan satu video telah menunjukkan peniaga makanan di China menggunakan minyak dari sampah dan longkang.
Peniaga di China seboleh-bolehnya mencari sumber minyak dari longgokan sampah, pembentung, menggunakan kembali sampah pepejal atau cecair yang mengandungi minyak atau bahagian haiwan yang boleh dijadikan minyak. Kemudian mereka memproses bahan kotor itu ke dalam minyak masak, yang mereka jual pada kadar di bawah harga pasaran kepada vendor makanan yang menggunakannya untuk memasak makanan yang boleh membuat anda sakit.Video ini, yang dihasilkan oleh Radio Free Asia, menunjukkan secara terperinci bagaimana beberapa vendor minyak longkang menghasilkan minyak ‘istimewa’ mereka.
Ia bermula dengan beberapa cedokan kumbahan dari tanah, dan ia berakhir dengan peniaga makanan menggunakannya di dalam masakan.
Peniaga di China seboleh-bolehnya mencari sumber minyak dari longgokan sampah, pembentung, menggunakan kembali sampah pepejal atau cecair yang mengandungi minyak atau bahagian haiwan yang boleh dijadikan minyak.
Kemudian mereka memproses bahan kotor itu ke dalam minyak masak, yang mereka jual pada kadar di bawah harga pasaran kepada vendor makanan yang menggunakannya untuk memasak makanan yang boleh membuat anda sakit.
Video ini, yang dihasilkan oleh Radio Free Asia, menunjukkan secara terperinci bagaimana beberapa vendor minyak longkang menghasilkan minyak ‘istimewa’ mereka.
Ia bermula dengan beberapa cedokan kumbahan dari tanah, dan ia berakhir dengan peniaga makanan menggunakannya di dalam masakan.
p/s: Mungkin kerana terdesak/kemiskinan seperti mana yang diceritakan dalam video tadi, mereka terpaksa meneruskan hidup dengan melakukan sedemikian utk mencari sesuap nasi.. :(
Gila!
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date