Header Ads

Up2date Terkini!
recent

Terkini! Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat Meninggal Dunia


Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fu 'anhu

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada jam 9.40 malam tadi di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan.

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.

Kenyataan oleh Nik Abduh sebentar tadi mengenai pemergian Allahyarham Nik Aziz
Allahyarham telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.

Beliau meninggal pada malam jumaat. Tanda kematian husnul Khatimah. "Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat, melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (siksa) kubur". [HR Ahmad dan Tirmidzi]
Hidup beliau sangat sederhana meski bergelar Menteri Besar. Umum mengetahui, Allahyarham dan keluarganya tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. - Astro Awani


Keadaan di perkarangan rumah Nik Aziz



No comments:

Powered by Blogger.