Header Ads

Up2date Terkini!
recent

Istana Britain Dedahkan Gambar Putera George, Anak kepada pewaris takhta diraja England, Putera William dan Kate Middleton

Istana Britain Dedahkan Gambar Putera George

LONDON: Istana Britain pada Sabtu mengedarkan tiga gambar Putera George sempena sambutan Krismas yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Anak kepada pewaris takhta diraja England, Putera William dan Kate Middleton itu kini berusia 17 bulan dan gambar diambil di sebuah taman Istana Kensington dimana keluarga itu mempunyai sebuah pangsapuri.

George kelihatan segak memakai pakaian “jumper” dengan sulaman imej anggota tentera yang sedang mengawal Istana Buckingham milik nendanya Queen Elizabeth II.

Pasangan diraja itu sememangnya amat menjaga privasi putera sulung mereka itu dan memohon pihak media membenarkan George membesar tanpa sebarang gangguan.

Meskipun gambar George sering diambil sewaktu majlis-majlis rasmi, peguam pihak Istana telah menghantar surat amaran kepada seorang jurugambar kerana merakamkan gambar kanak-kanak itu dengan pengasuhnya di sebuah taman di London Oktober lalu.



George bakal mendapat adik perempuan tahun depan setelah ibunya, Kate mengandung dan dijangka bersalin pada April nanti.


Meskipun mengadu mengalami alahan mengandung yang teruk, Kate tetap mengiringi William dalam kunjungan rasmi mereka ke New York minggu ini.-Astro Awani

No comments:

Powered by Blogger.