Header Ads

Up2date Terkini!
recent

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Omar meninggal dunia. ALFATIHAH


Bekas KPN Tan Sri Mohd Bakri Omar meninggal dunia. ALFATIHAH

Bekas Ketua Polis Negara,Tan Sri Mohd Bakri Omar meninggal dunia di Institut Kanser Negara, pagi ini.

Al-Fatihah, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar meninggal dunia akibat kanser pagi tadi. Semoga allahyarham di tempatkan bersama orang-orang yang diredhai Allah swt. Amin.

Allahyarham yang berusia 66 tahun itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.30 pagi.Ketua Polis Negara yang ketujuh itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.




Beritaup2date ingin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Mohd. Bakri Haji Omar yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi di Institut Kanser Negara selepas menderita penyakit kanser.

Allahyarham Tan Sri Mohd Bakri pernah memegang jawatan sebagai Ketua Polis Negara selama tiga tahun iaitu dari tahun 2003 sehingga 2006 sebelum bersara secara rasmi pada 11 September 2006.






Sepanjang perkhidmatan Tan Sri Mohd Bakri di dalam pasukan, beliau dikenali sebagai seorang pegawai kanan polis yang amat tegas dan menitik beratkan disiplin di kalangan pegawai dan anggota bawahannya, juga pemimpin pasukan yang mampu berbuat sesuatu, khususnya dalam membimbing PDRM menurut aspirasi masyarakat.

Jenazah Tan Sri Mohd Bakri akan dibawa pulang ke kediaman beliau di Taman Aman Perdana, Klang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukti Kiara tengahari ini.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.



No comments:

Powered by Blogger.