Borang Permohonan Online Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) 2014 Untuk Graduan Menganggur

Maklumat lanjut sebagai peserta atau syarikat untuk menyertai program SL1M.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) adalah program untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).


Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) adalah program untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) adalah program latihan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan.

Di bawah program ini, peserta-peserta akan menjalani latihan selama setahun di syarikat GLC atau swasta dan layak menerima elaun minima RM1000 sebulan.


Tambahan pula SL1M juga bercadang untuk melaksanakan program penghayatan untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan membuat persembahan terutama sekali dengan menggunakan Bahasa Inggeris.

Terma Dan Syarat SL1M

Graduan yang ingin menyertai program SL1M hendaklah memenuhi kriteria di bawah:
Warganegara Malaysia.

1. Berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan ke atas.
2. Lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau selain daripada Kerajaan Malaysia.
3. Tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan menerima Ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan peperiksaan.
4. Telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima.
5. Mestilah berdaftar di JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia.
6. Program-Skim-Latihan-1Malaysia-SL1M

Cara Memohon Menyertai SL1M

Untuk mendaftar secara online, sila ke laman Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), klik butang "DAFTAR PESERTA SL1M" dan ikut arahan yang diberikan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Unit Perancang Ekonomi nombor telefon 03-88723387 atau 03-88723390.

SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M) UNTUK GRADUAN MENGANGGUR

Pada 1 Jun 2011 Perdana Menteri telah melancarkan program  Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).

Program ni bertujuan untuk membantu graduan yang menganggur untuk mendapatkan kerja.

Untuk fasa pertama 3,000 graduan akan mengikuti program itu manakala 5,000 graduan bakal mengikuti program untuk fasa kedua.


Pada permulaan sebanyak 26 GLC menjayakan Skim Latihan 1Malaysia ni dan akan melibatkan lebih banyak GLC dan syarikat swasta pada masa akan hadapan.Dalam program SL1M ni Bank Negara juga terlibat dalam fasa pertama.

Perlaksanaan Skim Latihan 1Malaysia:

Institusi pelaksana adalah terdiri daripada GLC yang akan melaksanakannya sebagai CSR

Struktur program latihan akan mengandungi elemen soft-skills dan minimum 6 bulan on-the-job training

Peserta yang tamat kursus akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan

Kriteria pemilihan peserta :

Terbuka kepada semua graduan Ijazah Sarjana Muda dari dalam dan luar negara yang mencapai skor CGPA sekurang- kurangnya 2.5

Pengambilan akan dibuat secara berperingkat mulai bulan Julai 2011

Kumpulan sasaran adalah graduan Ijazah Sarjana Muda yang tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat dan lulusan universiti yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan (underemployed)

Laman web SL1M – Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, telah mengadakan paparan khas mengenai SL1M dalam laman webnya dan dihubungkan dengan semua laman web GLC yang mengambil bahagian.

Borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web GLC berkenaan.

Senarai GLC yang mengambil bahagian dalam menjayakan program Skim Latihan 1Malaysia Fasa 1 adalah :

1.Affin Holdings Berhad            
SL1M – AMP and FSTEP (Affin Management Programme and Financial Sector Talent Enrichment Programme)

2.Amanah Raya Berhad
SL1M – AmanahRaya Executive Associate

3.Axiata Group Berhad
SL1M – BLUi (BLUE interns)

4.Bank Negara Malaysia
SL1M – BNMGP (Bank Negara Malaysia Graduates Programme)

5.Bank Pembangunan Malaysia Berhad
SL1M – BPGDP (Bank Pembangunan Graduate Development Programme)

6.Bousted Holdings Berhad
SL1M – Boustead Graduate Internship Programme

7.Chemical Company of Malaysia Berhad          
SL1M - CCM

8.CIMB Group Berhad
SL1M – CIMB Skill Enhancement Programme

9.Khazanah Nasional Berhad
SL1M – GEMS (Graduate Employability Management Scheme)

10.Lembaga Tabung Haji
SL1M – TH Lembaga Tabung Haji

11.Malayan Banking Berhad
SL1M – MAYBANK

12.Malaysia Airports Holding Berhad
SL1M – Malaysia Airports

13.Malaysia Building Society Berhad
SL1M – MBSB (MBSB Graduate Training Programme)

14.Malaysian Airlines System Berhad
SL1M – MGT (MH Graduate Trainee) Programme

15.Malaysian Resources Corporation Berhad
SL1M – MRCB

16.MIMOS Berhad
SL1M – MIMOS AcT (MIMOS Acceleration Talent)

17.Perbadanan Nasional Berhad
SL1M – PNS Graduate Talent Programme

18.Permodalan Nasional Berhad
SL1M – PNB Investment Bridging Programme

19.Petroliam Nasional Berhad
SL1M – GEES (Graduate Employability Enhancement Scheme)

20.Sime Darby Berhad
SL1M – SD MAP 2011 (Management Apprenticeship Programme)

21.SIRIM Berhad          
SL1M – SIRIM

22.Telekom Malaysia Berhad  
SL1M – TM GEOP (TM Graduate Employability Outreach Programme)

23.Tenaga Nasional Berhad
SL1M – Program Pembangunan Siswazah

24.UDA Holdings Berhad
SL1M – SPP UDA (Skim Pelatih Pengurusan UDA)

25.UEM Group Berhad
SL1M – UEM Group Berhad "YES" (UEM Group  Berhad "Young Executive Scheme")

26.UMW Holdings Berhad
SL1M – UMW:GEP (UMW Graduate Enhancement Programme)

Diharapkan program Skim Latihan 1Malaysia ini dapat mengurangkan jumlah pengangguran dikalangan graduan selepas ini.

Sebenarnarnya program begini banyak dibuat contohnya seperti program GEMS.

Tetapi malangnya selepas latihan ada yang terpaksa menganggur semula kerana company yang terlibat dalam program tersebut tak dapat menyambung perkhidamatan mereka.

Siapa yang ingin berminat boleh layari laman web utama SL1M iaitu http://www.epu.gov.my/sl1m

Cara-cara mendaftar

Memahami terma dan syarat yang telah ditetapkan
Muat turun borang permohonan
Isikan maklumat lengkap beserta dokumen yang diperlukan
Borang permohonan dan dokumen yang lengkap hendaklah diposkan ke:

Ketua Sekretariat SL1M
Unit Perancang Ekonomi
Jabatan Perdana Menteri
Kompleks B, Blok B5, Aras 3
62502 Putrajaya
Malaysia



* Contoh Borang Permohonan Syarikat

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.