Header Ads

Up2date Terkini!
recent

Makanan Kegemaran Luis Suarez Dirampas


Makanan Kegemaran Bintang Uruguay Dirampas

PENYOKONG Uruguay bimbang tindakan pihak berkuasa Brazil merampas makanan kegemaran pasukan itu membawa petanda buruk menjelang perlawanan menentang England pada kempen Piala Dunia 2014.


Sejumlah 36 kilogram sapuan tofi berjenama dulce de leche yang menjadi hidangan pasukan dari Selatan Amerika itu dirampas sebaik tiba di Sete Lagoas dekat Belo Horizonte pada 9 Jun lalu.

Berperisa karamel, ia sesuai dimakan bersama cake dan roti bakar dan menjadi kegemaran Luis Suarez.

Setakat ini, pegawai di Lapangan Terbang Confins masih enggan melepaskan produk itu kerana masalah sijil kesihatan.

Malah, sinonimnya Uruguay dengan hidangan itu menyebabkan insiden itu dikatakan menjadi punca kekalahan pasukan itu pada perlawanan sulung menentang Costa Rica pada Sabtu apabila tewas mengejut 3-1.



Akhbar utama Uruguay, El Pais melaporkan: “Mungkin ada alasan lain yang menyebabkan kekalahan Uruguay 3-1 pada perlawanan pertama Piala Dunia, kekurangan dulce de leche selepas pihak berkuasa kesihatan Brazil merampas produk itu yang dibawa khas untuk pasukan negara.”

Agensi berita Uruguay pula berkata: “Ada ketikanya kekalahan yang dialami tiada kaitan dengan bola sepak.”

No comments:

Powered by Blogger.