Cadbury Malaysia Terima Semula Sijil Halal Daripada JAKIM


Cadbury Terima Semula Sijil Halal Daripada JAKIM

Kuala Lumpur: Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd (Cadbury Malaysia), semalam menerima semula Sijil Pengesahan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk dua produk coklat susu yang sebelum ini didakwa mengandungi DNA babi.

Pengarah Urusan Mondelez Malaysia iaitu syarikat pemilik Cadbury Malaysia, Sunil Sethi, berkata beliau lega dengan keputusan ujian terhadap sampel kedua yang diambil JAKIM untuk diuji Jabatan Kimia pada minggu lalu dan disahkan bebas DNA babi.



sumber : Berita Harian

Dalam Islam, sepatutnya kalau ada seorang individu dengan tidak sengaja TERbuat silap, maka kita patut tarik dia ke tepi dan beritahu secara baik-baik berkenaan kesilapan dia. Dalam konteks ini, JAKIM atau KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) apabila mendapat tahu wujud DNA babi dalam coklat Cadbury ,sepatutnya pergi ke syarikat itu dan melaporkan masalah itu secara peribadi dan sama-sama mencari dimana datangnya DNA babi itu.

Dalam dunia globalisasi ini, semua komponen/bahan mentah produk berasal dari negara berbeza, jadi mungkin DNA babi itu termasuk dalam supply chain terutamanya jika supplier di negara bukan Islam.

Disebabkan KKM belum apa-apa sudah memberitahu satu dunia Cadbury HARAM , ia amat merugikan syarikat itu dan lebih memalukan lagi apabila JAKIM membuat kenyataan bercanggah beberapa hari selepas itu.

Alhamdullilah, kes ini sudah selesai, saya juga bangga dengan reaksi pengguna umat Islam terhadap kes ini agar syarikat lain lebih berhati-hati.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.