Krisis Air Selangor : Anwar Ibrahim mahu Khalid Ibrahim tangguh perjanjian air


Anwar mahu Khalid tangguh perjanjian air

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menangguhkan dahulu perjanjian berhubung pembinaan loji rawatan air Langat2 selagi kepimpinan negeri dan Pakatan Rakyat tidak diberi penjelasan sepenuhnya.

Ketua Umum PKR itu mengulangi gesaannya supaya Abdul Khalid berbincang terlebih dahulu dengan kepimpinan Pakatan Rakyat dan mengambil kira pandangankonsensus sebelum membuat keputusan terutamanya membabitkan soal kepentingan rakyat.

"Harus diberi penjelasan terperinci tentang kesan pada Selangor, soal tarif, beberapa aspek perjanjian sebelum menandatangani apa-apa perjanjian.

"Akan ada wakil daripada Pakatan untuk memaklumkan (Khalid) supaya tidak tergesa-gesa kerana perjanjian itu mempunyai impak besar kepada negeri (Selangor)," katanya selepas mesyuarat majlis kepimpinan Pakatan Rakyat di bangunan Pas di sini, hari ini.



Rabu lepas, kerajaan Persekutuan dan Selangor akhirnya menemui titik permulaan untuk bekerjasama berhubung syarat-syarat yang akan memudahkan pelaksanaan projek loji rawatan air Langat 2 dan pengambilalihan aset air di negeri itu.

Dalam perjanjian itu, kerajaan Persekutuan bersetuju membenarkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) dengan pampasan RM9.65 bilion.

Anwar berkata adalah penting untuk mengambil kira semua faktor termasuk dari segi perundangan sebelum sebarang perkara diputuskan di dalam MoU itu.   - Bernama
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.