Penjelasan Isu Toll KESAS highway


Di Malaysia sistem pembinaan lebuhraya agak unik, kerajaan akan memberi tanah kepada syarikat konsortium yang biasanya satu gabungan antara beberapa syarikat kejuruteraan, konsortium ini akan menggunakan modal mereka sendiri untuk membina satu lebuhraya dan untuk mendapat pulangan modal mereka akan mendapat hak untuk mengutip toll selama satu masa yang ditetapkan. 


Ini bukan cara Barisan Nasional sahaja, malah kerajaan negeri Selangor (Pakatan Rakyat) melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mempunyai 30% saham dalam KESAS highway, dan juga di Pulau Pinang, syarikat Consortium Zenith BUCG, satu gabungan antara syarikat kejuruteraan Malaysia dengan China juga akan mendapat hak untuk mengutip toll selama 30 tahun apabila projek Penang Undersea Tunnel siap. Dengan sistem yang digunapakai oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, Malaysia mempunyai antara sistem lebuhraya terbaik di rantau ASEAN. 

Parti PAS Kelantan cuba untuk membina lebuhraya dengan kutipan derma, malangnya mereka cuma mendapat lebih kurang RM2.6 juta, jauh daripada kos lebuhraya RM350juta (sumber daripada bekas exco kewangan Husam Musa yang sentiasa salah bagi anggaran) atau RM669juta (sumber boleh dipercayai daripada Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah), sekarang kerajaan negeri Kelantan sedang mengkaji semula teknik pembinaan lebuhraya ala derma.

Walaubagaimanapun, kesan negatif sistem ini ialah syarikat konsortium boleh mengutip toll walaupun sudah mencapai keuntungan berganda daripada kos pembinaan lebuhraya, selama ini kerajaan persekutuan memberi subsidi RM400 juta kepada syarikat konsortium lebuhraya untuk kekalkan harga yang murah bagi pengguna, sekarang dengan polisi pengurangan subsidi…..atau rasionalkan subsidi, kerajaan persekutuan ingin mengurangkan perbelanjaan subsidi untuk membiayai projek berpendapatan tinggi contohnya Wilayah Iskandar,Tun Razak Exchange, Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan MRT.

Saya mewakili SSTDM membantah polisi Rasionalkan Subsidi ini, kerana walaupun ekonomi Malaysia berkembang maju dengan kadar 4-7% setahun, tetapi majoriti keuntungan pergi kepada pemilik syarikat swasta sahaja,manakala majoriti besar pekerja biasa tidak melihat gaji mereka meningkat. Alasan kerajaan bahawa mereka henti memberi subsidi toll kerana bukan semua rakyat menggunakan lebuhraya kurang tepat kerana kerajaan baru-baru ini juga meningkatkan harga tiket pengangkutan awam (LRT dan monorail), jadi kalau majoriti rakyat tidak menggunakan lebuhraya dan harga pengangkutan awam tinggi, bagaimana ingin bergerak di Lembah Klang?

Kepada beberapa pihak yang sudah tidak mahu menyokong Barisan Nasional kerana mereka ANGGARKAN Pakatan Rakyat boleh menurunkan kos hidup, teori ini salah. 

Kerana seperti saya kata, KESAS highway dimiliki oleh kerajaan negeri Selangor, dan walaupun sudah 5 tahun memerintah Selangor, kos hidup disini tidak menurun. Kerajaan negeri boleh laksanakan banyak perkara untuk menurunkan kos hidup disini contohnya pembinaan lebih rumah dan kedai kos rendah, pendidikan percuma kepada universiti milik negeri,dana kepada fakir miskin dan lain-lain.

Secara kesimpulan, saya berasa DS Najib mempunyai terlalu ramai menteri yang mempunyai latar belakang korporat, Tun Dr Mahathir berjaya membangunkan Malaysia tanpa meningkatkan kos hidup secara mendadak. 

Mungkin DS Najib memerlukan lebih ramai penasihat daripada latar belakang akademik yang mahir dalam meningkatkan pendapatan rakyat sambil menurunkan kos hidup, contohnya apa Tun Razak buat kepada FELDA agar peneroka menikmati peningkatan pendapatan sambil menghasilkan produk makanan (supply) yang menurunkan kos hidup. 

Saya berharap DS Najib tidak menyebabkan inflasi terlalu tinggi, kalau tidak kemungkinan besar Barisan Nasional akan kalah pada PRU14, dan apabila Pakatan menang, visi Tun Dr Mahathir untuk mencapai negara berpendapatan tinggi akan musnah.

Sekian terima kasih.

Sumber -AR-
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.