Meninggal dunia dalam tandas 'Fun Fair'

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Mayat Seet Ying yang ditemui mati di dalam tandas tapak pesta ria. Foto:
(📸 ©Sinar Harian)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Meninggal Dunia Dalam Tandas Fun Fair

Seorang wanita berusia 55 tahun ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di dalam tandas sebuah tapak permainan pesta ria berhampiran Shahab Perdana di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, di sini, malam kelmarin.


Dalam kejadian jam 11.15 malam, Lee Seet Ying ditemui di dalam tandas oleh majikannya yang segera menghubungi ambulans untuk rawatan lanjut.

Majikan wanita itu Soo Ai Fong, 55, berkata, pada mulanya dia pelik kerana mendiang pergi ke tandas terlalu lama sebelum mengesyaki sesuatu kerana biasanya hanya mengambil masa lima minit.


“Saya rasa tidak sedap hati dan cuba menghubunginya, namun gagal. Selepas itu saya cuba memeriksa di dalam bilik air sambil mengetuk pintu, tetapi tiada jawapan.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Kenalan dan keluarga Seet Ying berkumpul di Bilik Mayat HSB.
(📸 ©Sinar Harian)
“Menyedari keadaan itu, saya segera menghubungi polis untuk meminta bantuan dan ketika ditemui, mangsa tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.