Iran bakal pindahkan Ibu Negara ganti Tehran

DATARAN Azadi, di Tehran.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Usaha pindah ibu negara bantu tangani gempa, cabaran sumber

Parlimen Iran meluluskan rang undang-undang membenarkan usaha memindahkan ibu negara ke lokasi luar Tehran, langkah yang dilihat perlu bagi menangani masalah dihadapi Iran, tetapi dikritik pentadbiran sebagai tindakan tidak munasabah.

Parlimen memperoleh 110 undian menyokong, berbanding 67 menentang dan 10 berkecuali untuk memindah ibu negara pentadbiran dan politik dari Tehran.

Menurut rang undang-undang itu, pegawai pentadbiran akan mengetuai jawatankuasa termasuk pegawai Parlimen dan perbandaran untuk menilai dan meringkaskan kajian dibuat mengenai perpindahan ibu negara.

Kampung terus miskin

Penyokong berkata, Tehran terdedah kepada gempa bumi dan berdepan cabaran sumber dan pencemaran. Mereka berkata 11 peratus daripada penduduk Iran berada di Tehran, tetapi bandar raya itu merangkumi 25 peratus daripada kekayaan negara. Kekayaan terus berpusat di Tehran manakala bandar raya kecil dan kampung terus miskin kerana perbankan utama, pembinaan dan industri lain bertumpu di bandar raya itu.

Pembangkang pula berkata, daripada memindahkan ibu negara, lebih baik kerajaan menangani masalah dihadapi Tehran. Mereka berkata langkah besar perlu diambil untuk memastikan keadaan hidup lebih selesa di ibu negara baru yang dicadangkan.

Timbalan Parlimen Iran, Majid Ansari, berkata pentadbiran juga menentang cadangan pemindahan ibu negara itu.

Beliau berkata, cadangan pemindahan ibu negara adalah sesuatu yang serius, pentadbiran dan institusi politik perlu membuat pertimbangan dan pada masa sama mengambil kira nasib jutaan penduduk lain di Tehran jika ingin melakukannya.

Anggota Parlimen lain yang menentang rang undang-undang berkenaan berkata banyak bandar raya lain di negara itu juga terdedah kepada bencana gempa bumi dan memang benar bandar raya lain tidak padat dengan penduduk.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.