Header Ads

Up2date Terkini!
recent

Perkahwinan Zain Saidin & Rozita Che Wan terima tajaan bernilai RM13 Juta!

Majlis Perkahwinan pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin mendapat tajaan bernilai RM13 juta sekali gus disifatkan sebagai perkahwinan termahal selebriti sepanjang 2013.

Syarikat barangan kemas Habib Jewels merupakan penaja terbesar apabila menaja barang kemas bernilai RM10 juta selain 27 pihak penaja lain.

Rozita, 40, berkata, dia tidak menyangka akan menerima tajaan perkahwinan yang begitu besar dan menganggap ia sebagai rezeki perkahwinannya dan Zain, 29.

"Pada asalnya kami merancang untuk mengadakan sebuah majlis yang sederhana, tetapi apabila ditaja, lain pula jadinya.

"Jangan salah faham pula. Bukan saya yang cari penaja. Mereka yang cari dan kami bersyukur untuk itu," katanya pada majlis sidang media pengumuman tarikh perkahwinan pasangan tersebut di Pusat Konvensyen Setia City di sini pada Isnin.

Antara penaja yang terlibat termasuklah Bianco Mimosa, Man Kajang, Fairuz Ramdan, Safi Rania, Annas Eskay, Ikram Photography, Manggis Production, Kad Lestari, dan Seri Catering.

Pasangan tersebut mengesahkan akan bernikah pada 11 Disember depan iaitu pada hari Rabu mengambil sempena angka unik 11.12.13 di Gazebo Setia City Convention Centre, di sini, selepas solat Maghrib.
Manakala, majlis persandingan akan diadakan pada 13 Disember di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Setia City pada pukul 8 malam.

Bagi majlis berinai akan diadakan di Ndah Mahligai, di sini pada 10 Disember, pukul 8 malam.
Terdahulu, pasangan ini telah mengadakan majlis merisik di Carcosa Sri Negara pada 29 September lalu disaksikan seramai 60 orang tetamu.


Tambah Rozita, dia akan turut menerima wang hantaran sebanyak RM23,200 dan mas kahwin berjumlah RM9,300 selain cincin nikah bernilai RM93,000.

Beritahu pelakon drama Kiah Pekasam itu, selepas bergelar isteri kepada Zain, dia akan memperlahankan pembabitan aktiviti seninya kerana mahu memberi fokus terhadap keluarga dan perniagaan busana Muslimah yang dijalankan sejak 2011.

"Selepas ini saya lebih selektif dalam setiap tawaran lakonan yang diambil dan hanya akan berlakon di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

"Kiranya saya akan lebih menumpukan perhatian kepada perniagaan dan keluarga," ujarnya.

Zain yang juga merupakan pelakon siri Oh My English pula berkata, dia berharap dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah kepada anak-anak Rozita iaitu Ammar Effendi, 16, dan Aniq Ezra, 13.

"Selain itu saya bersama Ammar dan Aniq meminta Rozita supaya masakkan untuk kami setiap kali dia cuti daripada penggambaran," selorohnya.


Sementara itu, Astro Ria menerusi saluran 104 merupakan penyiar rasmi bagi majlis akad nikah dan persandingan kedua-dua bakal mempelai itu.

No comments:

Powered by Blogger.